PUTRAJAYA: Pegawai Tourism Malaysia (TM) yang ditempatkan di luar negara perlu memainkan peranan mempromosikan sektor pelancongan Malaysia dengan menggunakan strategi pemasaran yang bersesuaian dengan norma negara berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy yang mengadakan pertemuan dengan lapan pegawai TM yang akan ditempatkan di luar negara semalam berkata, pegawai TM juga harus berusaha mempelbagaikan strategi pemasaran seiring dengan perkembangan teknologi digital agar dapat mencapai kelompok sasaran.
"Mereka perlu menjalinkan hubungan yang baik bersama negara penempatan dan bekerjasama erat dengan pemain industri tempatan.
"Mereka turut diseru untuk mempelbagaikan promosi pakej-pakej pelancongan baharu serta memberi tumpuan kepada emerging market di negara penempatan tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena pertemuan itu.
Lapan pegawai TM itu akan ditempatkan di Pejabat TM di London; Jakarta, Indonesia; Istanbul, Turki; Sydney, Australia; New Delhi, India; Jeddah, Arab Saudi; Taipei, Taiwan dan Auckland, New Zealand.
Nancy berkata Dasar Pelancongan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) harus dijadikan sebagai panduan dalam setiap perancangan yang boleh mengangkat nama Malaysia di mata dunia.
"Kita mesti menarik minat seluruh spektrum pelancong seperti cultural enthusiasts, environmental lovers dan medical tourist. Ini bagi mencapai sasaran pemasaran yang unik, strategik dan seiring dengan matlamat DPN dan DAKEN," katanya Malaysia juga akan membuka sempadannya apabila tiba masanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Dasar Pelancongan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) harus dijadikan sebagai panduan dalam setiap perancangan yang boleh mengangkat nama Malaysia di mata dunia.- Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.
Pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026
Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024.
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.
KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.
Tourism Malaysia pergiat promosi pelancongan durian di luar negara
Tourism Malaysia akan meningkatkan kempen dan promosi pakej pelancongan durian di luar negara dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negara ini untuk menikmati raja buah itu.
Tourism Malaysia tidak sertai World Travel Market London kerana faktor belanja besar
Keputusan Tourism Malaysia untuk tidak mengambil bahagian dalam World Travel Market (WTM) yang diadakan di London, United Kingdom (UK) pada hujung tahun ini disebabkan ingin mengurangkan perbelanjaan.
Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco
Kerajaan Negeri Perak setakat ini menyediakan peruntukan RM4.61 juta untuk melaksanakan program dan infrastruktur pelancongan negeri sempena TMP 2024.
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.