KRABI: Kedutaan Malaysia di Bangkok telah melancarkan kempen 'Taste of Malaysia' untuk mempromosikan produk tempatan dan menembusi pasaran Thailand.
Kempen empat hari yang berakhir pada Selasa, mempamerkan pelbagai rangkaian produk Malaysia seperti makanan sejuk beku, pes, sos, makanan ringan, mi segera dan minuman di Pasar Raya Mother Marche di sini.
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata promosi di kedai itu adalah sebahagian daripada program berterusan bagi meningkatkan identiti jenama produk Malaysia dan merangsang permintaan dalam pasaran Thailand.
Kempen itu bertujuan untuk mengenal pasti dan melibatkan pengguna baharu yang berpotensi di samping meningkatkan kesedaran tentang produk makanan Malaysia di pasaran tempatan.
"Kedutaan Malaysia di Bangkok komited untuk mempromosikan produk makanan Malaysia di Thailand dan berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi dalam memperkenalkan produk Malaysia kepada pengguna Thailand," katanya.
Bagaimanapun, Jojie mengakui Thailand serta Malaysia menawarkan produk makanan yang hampir sama dan ini memberikan cabaran bagi menembusi pasaran negara itu.
"Oleh itu, kami juga sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk produk yang bukan makanan," katanya.
Daripada segi ekonomi, Jojie berkata Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan perdagangan dua hala kepada US$30 bilion (US$1=RM4.66) menjelang 2025, dan lebih banyak program seperti ini akan dirancang untuk mencapai sasaran berkenaan.
Kempen itu dibuat dengan kerjasama syarikat pengedaran, Wang Mart Co serta dianjurkan melalui Pejabat Kaunselor Pertanian, Bangkok.
Kaunselor Pertanian Hairuddin Maslan berkata dengan 18 cawangan di Krabi dan wilayah jiran, termasuk Phang Nga serta Surat Thani, Pasar Raya Mother Marche adalah platform ideal untuk produk Malaysia menembusi pasaran Thailand selain mengukuhkan perdagangan sempadan antara kedua-dua negara.
"Dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular di Thailand dengan kemasukan tahunan kira-kira enam juta pengunjung sebelum pandemik COVID-19, Krabi menawarkan peluang yang menjanjikan untuk produk Malaysia mencapai pengguna asing," katanya.
Kira-kira 50 unit penyimpanan stok produk Malaysia telah disenaraikan dalam rangkaian Pasar Raya Mother Marche di seluruh wilayah Krabi semasa kempen itu.
"Permintaan makanan sedia untuk dimakan dan sedia dimasak dijangka berkembang pada tahun-tahun akan datang, didorong oleh pilihan pengguna serta keinginan bagi hal yang memudahkan.
"Kami berharap melalui program dan penglibatan berterusan, lebih banyak produk Malaysia akan mampu menembusi pasaran di Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Jojie Samuel berkata promosi di kedai itu adalah sebahagian daripada program berterusan bagi meningkatkan identiti jenama produk Malaysia. - Foto BERNAMA
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Promosi produk Malaysia dilancarkan untuk tembusi pasaran Thailand
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah melancarkan kempen 'Taste of Malaysia' untuk mempromosikan produk tempatan dan menembusi pasaran Thailand.