awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Promosi TMM 2014 di China disambung semula

Bernama
Bernama
01/06/2014
23:27 MYT
Promosi TMM 2014 di China disambung semula
NAZRI: Promosi TMM 2014 akan diadakan dalam masa terdekat. -Gambar fail
Program promosi jelajah Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China akan disambung semula selepas ditangguh sejak Mac lalu ekoran tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata promosi itu akan diadakan dalam masa terdekat hasil reaksi positif lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.
"Lawatan Perdana Menteri ke China sedikit sebanyak meredakan keadaan dan beri reaksi positif, tambahan pula kita memang mempunyai hubungan baik dengan China sehingga mereka bersedia pinjamkan dua ekor panda gergasi.
"Saya dimaklumkan bahawa ada perjanjian persefahaman ditandatangani antara Malaysia dengan China dalam sektor pelancongan meskipun saya tidak hadir kerana menziarahi Almarhum Sultan Azlan Shah," katanya pada sidang media berkaitan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Teksi Sango, Jepun di sini Ahad.
Dalam perkembangan lain, beliau berterima kasih dan bersyukur dengan pembebasan wanita warga China iaitu Gao Hua Yuan, 29, dan Marcy Dayawan, 40, dari Filipina pada Jumaat setelah diculik sejak 2 April lepas.
Topic Berkaitan
#China
#MH370
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#tahun melawat malaysia
#TMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan