awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses bawa masuk warga Palestin: K'jaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi

Bernama
Bernama
19/03/2025
12:30 MYT
Proses bawa masuk warga Palestin: K'jaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini.
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Beliau berkata pergerakan semua warga Palestin tersebut akan dipantau agensi keselamatan, dan kesemua mereka akan tertakluk kepada syarat ketat berhubung aktiviti di Malaysia.
"Mereka belum lagi berada di sini (Malaysia), tetapi proses penelitian terhadap pelbagai aspek sedang berjalan," kata Menteri Komunikasi itu pada sidang media mingguan di sini hari ini.
Fahmi berkata proses membawa masuk 15 individu tersebut adalah selaras dengan keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menempatkan 380 warga Palestin yang sebelum ini menjadi tahanan Israel, ke beberapa negara anggota.
"Sekitar 380 tahanan dibebaskan tetapi tidak dibenarkan kembali ke Palestin. Oleh itu, beberapa negara seperti Qatar dan Turkiye bersetuju menerima 100 rakyat Palestin masing-masing, manakala Malaysia menerima 15 orang," katanya.
Semalam Mohamad berkata Malaysia bersedia menerima 15 bekas tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Beliau berkata Malaysia sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan kemerdekaan, dan keputusan menerima mereka adalah munasabah serta tidak akan membebankan negara.
Mohamad turut menjelaskan bahawa kesemua individu terbabit telah ditahan Israel selama 20 hingga 30 tahun tanpa sebab dan tanpa perbicaraan, serta tidak lagi dibenarkan pulang ke Palestin selepas dibebaskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Palestin
#proses bawa masuk
#syarat keselamatan
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan