MALAYSIA
Proses sembelihan, pemprosesan daging import patuhi piawaian Malaysia, Australia - Jakim

Jakim menjelaskan bahawa pemantauan halal melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa Australia (DAFF). - Gambar hiasan/ Reuters
PUTRAJAYA: Semua proses penyembelihan serta pemprosesan produk daging dan berasaskan daging yang dibekalkan atau dieksport ke Malaysia, dijalankan mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh negara ini dan Australia.
Ringkasan AI
- Jakim menegaskan semua proses penyembelihan dan pemprosesan daging yang dibekalkan atau dieksport ke Malaysia dari Australia mematuhi piawaian halal negara, termasuk pemantauan berjadual oleh Pejabat Atase Halal di Canberra.
- Penjelasan ini dibuat bagi menafikan dakwaan tular dalam video lama bertajuk "Jakim jarang audit daging import Australia, rakyat Malaysia termakan bangkai", yang disifatkan mengandungi maklumat tidak tepat dan mengelirukan.
- Jakim menjelaskan bahawa pemantauan halal melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa Australia (DAFF), serta pemeriksaan menyeluruh oleh MAQIS dan Kastam di pintu masuk negara bagi memastikan hanya produk yang sah dan mematuhi syarat halal dibenarkan masuk ke pasaran tempatan.
Beliau berkata video bertajuk 'Jakim jarang audit daging import Australia, rakyat Malaysia termakan bangkai' adalah rakaman lama pada 2022 yang ditularkan kembali.
"Video itu mengandungi maklumat tidak tepat serta berpotensi mengelirukan orang ramai," katanya.
Beliau berkata Jakim mempunyai mekanisme penilaian dan pemantauan halal yang bersifat holistik, melibatkan prosedur yang komprehensif di peringkat nasional dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Mekanisme ini turut merangkumi penilaian serta pemantauan berterusan terhadap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim bagi memastikan hanya produk yang benar-benar mematuhi hukum syarak dan piawaian Malaysia dibenarkan masuk ke pasaran negara," katanya.
Sirajuddin berkata di peringkat antarabangsa, Jakim mempunyai Pejabat Atase Halal di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia yang bertanggungjawab melaksanakan pemantauan secara berjadual dan berterusan terhadap rumah sembelihan serta loji pemprosesan produk daging yang telah diluluskan dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Beliau berkata Pihak berkuasa Australia sendiri iaitu Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan (DAFF) turut menguatkuasakan peraturan yang mengawal keseluruhan proses penyediaan daging halal untuk tujuan eksport.
"Hanya produk yang memenuhi peraturan eksport Australia dan mematuhi keperluan negara pengimport, termasuk syarat halal Malaysia dibenarkan dieksport.
"Selain itu, di pintu masuk negara pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Semua dokumen termasuk Sijil Pengesahan Halal, nota konsainan dan butiran pengimportan diperiksa secara terperinci, dan produk sahih, lengkap dan memenuhi semua syarat akan dibenarkan masuk ke pasaran tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami