awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO

Bernama
Bernama
19/12/2023
23:45 MYT
Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO
Copyright to You (CR2U) dibangunkan untuk mempercepat proses pensijilan dan notifikasi hak cipta bagi memastikan pemilik hak cipta mendapat perlindungan dengan lebih efisien.
PETALING JAYA: Proses pensijilan hak cipta yang sebelum ini mengambil tempoh antara tiga hingga enam bulan, kini dapat diperoleh dalam hanya 30 minit tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata pihaknya telah memperkenalkan satu inisiatif pemberitahuan terbaharu iaitu Copyright to You (CR2U) yang dibangunkan untuk mempercepatkan proses pensijilan dan notifikasi hak cipta bagi memastikan pemilik hak cipta mendapat perlindungan dengan lebih cepat serta efisien.
"Kebiasaannya sebelum ini kita dengar untuk buat pasport, lesen hanya sejam jadi kenapa di peringkat untuk daftarkan hak cipta ini mengambil masa yang lama?, jadi di peringkat MyIPO telah merencana satu alternatif dan kita membuat pembaharuan berdasarkan pengubahsuaian akta pada 2022.
"Kita menjangkakan dengan adanya alternatif yang mudah dan cepat ini, akan meningkat kepada 30 hingga 40 peratus pendaftaran bermula 2024 kerana kesedaran untuk mendaftar hak cipta tidak memberangsangkan apabila tahun ini kita hanya menerima kira-kira 6,000 lebih pendaftaran sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Inisiatif CR2U di Menara MyIPO di sini hari ini.
Mohd Zuhan berkata CR2U juga adalah langkah proaktif MylPO untuk membawa perubahan positif dalam dunia hak cipta di Malaysia dan usaha pihaknya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih responsif dan efisien kepada komuniti kreatif, seiring dengan perkembangan pesat dalam industri kini.
"Inisiatif ini turut mengiktiraf hak cipta sebagai aset yang penting dalam ekonomi kreatif, dan MylPO komited untuk terus menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada komuniti kreatif Malaysia," katanya.
Terma dan syarat adalah pemohon hendaklah seorang individu atau wakil pemilik hak cipta atau penerima milikan hak cipta atau pemegang lesen hak cipta, terhad kepada satu karya satu permohonan dan nama pencipta tidak melebihi lima orang.
Informasi lanjut mengenai CR2U boleh diperoleh melalui laman web rasmi MylPO di www.myipo.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyIPO
#sijil
#hak cipta
#proses pensijilan
#CR2U
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan