Skip to main content

Dunia

Taman negara popular di Jerman ditutup selepas ribut ragut satu nyawa

[TB]_Rock Stage Festival Felsenbühne_IG Landesbühnen Sachsen
Teater terbuka di dalam kawasan Taman Negara Saxon ini berlatarkan formasi batuan dan rimbunan pokok tinggi. Namun, kejadian ribut mengakibatkan seorang maut selepas dihempap pokok tumbang. - Instagram landesbuehnen.sachsen
Advertisement

LEIPZIG: Taman Negara Saxon Switzerland yang popular di Jerman ditutup kepada pengunjung pada Sabtu susulan kerosakan akibat ribut yang mengorbankan seorang lelaki pada malam sebelumnya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Taman negara yang terletak di Pergunungan Batu Pasir Elbe berhampiran sempadan Republik Czech itu terkenal dengan formasi batuan tinggi dan unik.

Menurut agensi perhutanan negeri Sachsenforst, kawasan antara Bastei, perkampungan Rathen dan Hohnstein serta Lembah Polenztal ditutup kepada pengunjung susulan ribut pada malam Jumaat.

Agensi itu memaklumkan ribut berkenaan menumbangkan beberapa pokok berhampiran Bastei dan keadaan masih membahayakan pengunjung.

Seorang lelaki berusia 28 tahun maut berhampiran teater terbuka Felsenbühne di Rathen selepas dihempap pokok tumbang pada petang Jumaat.

Sepuluh lagi cedera, termasuk tiga parah, manakala 40 orang dipindahkan.

Pasukan kecemasan meneruskan operasi pembersihan pada pagi Sabtu.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement