KUALA LUMPUR: Proses pemberian vaksin AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) berjalan lancar walaupun kapasiti vaksinasi di PPV itu dipertingkat kepada 8,100 dos sehari mulai hari ini.
Tinjauan Bernama ke PPV berskala paling besar di Malaysia setakat ini itu mendapati segala proses vaksinasi adalah teratur dengan laluan ekspres disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Dr Anas Alam Faizli berkata kesesakan yang berlaku di pintu masuk bangunan itu dipercayai berpunca daripada sikap penerima vaksin tidak mematuhi masa ditetapkan dalam janji temu masing-masing.
"Hanya perlu ikut janji temu (yang tertera dalam) MySejahtera. Dalam tu ada nombor stesen di WTCKL iaitu stesen satu, dua atau tiga.
"Daripada situ mereka tahu barisan mana nak beratur. Yang kelam-kabut itu mungkin mereka yang datang bukan pada waktunya," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata antara perkara yang ditambah baik berbanding sebelum ini pula ialah apabila Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) membenarkan sistem pengurusan barisan iaitu penerima akan diberi angka giliran dan digunakan sehingga selesai pemberian vaksin.
Dr Anas Alam berkata setakat ini, hampir 30,000 dos vaksin AstraZeneca digunakan di semua PPV berkenaan dengan tiga lagi PPV di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC).
Sementara itu, seorang jurutera di sebuah syarikat swasta Ahmad Faiz Mat Nor, 33, berkata beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan setakat ini selepas disuntik vaksin berkenaan.
Antara sebab beliau nekad mengambil vaksin itu ialah kerana bimbang menjangkiti dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun.
"Saya bekerja asyik jumpa orang maka saya berisiko untuk dijangkiti. Apabila ada peluang untuk mendapatkan vaksin, saya terus ambil," katanya sambil menambah bahawa ibu bapanya yang berada di Kota Bharu, Kelantan juga sudah divaksinasi.
Seorang suri rumah Jenny Blalih anak Yalak, 65, pula berkata beliau dan suaminya, William Timmins, 68, berasa gementar sebelum divaksinasi kerana takut dengan jarum suntikan namun kesemuanya berlaku dengan pantas malah doktor yang bertanggungjawab juga memudahkan urusan mereka.
Bagi seorang petugas perakaunan di sebuah syarikat swasta Cheah Ai Juan, 31, beliau ingin divaksinasi secepat mungkin kerana bekerja dan menetap di kawasan zon merah COVID-19.
Semalam, Bernama melaporkan selain WTCKL, kapasiti PPV di UM dan UKM bagi vaksin sama turut dinaikkan daripada 900 kepada 1,300 dos sehari sementara IDCC, yang dijadualkan mula beroperasi 24 Mei ini, mempunyai kapasiti vaksinasi 3,000 dos sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 15 2021

Penerima vaksin mula beratur menunggu giliran seawal jam 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menerima suntikan vaksin jenis AstraZeneca pada Sabtu. - BERNAMA

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

Djokovic mungkin tidak beraksi di Terbuka AS
Pemain berusia 35 tahun itu mengakui situasi tersebut membuatkan dia lebih bermotivasi untuk memenangi Wimbledon buat kali ketujuh.

Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta individu dewasa terima dos penggalak
Sebanyak 16,137,205 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy
Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

COVID-19: EU, Amerika Latin bekerjasama dalam vaksinasi
Negara-negara berkenaan perlu meningkatkan kapasiti mereka dalam mengeluarkan dan menguruskan vaksin.

COVID-19: Hampir 1.3 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: Kanak-kanak bawah lima tahun terima suntikan
Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi.

COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS
Vaksin tersebut perlu diberi kepada kanak-kanak berumur seawal enam bulan hingga empat tahun.

COVID-19: WHO sokong vaksin disesuaikan dengan varian Omicron
Vaksin yang disesuaikan dengan varian sedemikian mungkin bermanfaat kepada mereka yang telah menerima siri dos utama.