awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding Jong Nam: Identiti empat suspek dikenal pasti

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
06/11/2017
05:46 MYT
Prosiding Jong Nam: Identiti empat suspek dikenal pasti
Rekod Jabatan Imigresen menunjukkan keempat-empat suspek pembunuhan Jong Nam telah meninggalkan Malaysia pada hari sama kejadian itu berlaku.
Rekod Jabatan Imigresen menunjukkan keempat-empat suspek pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam telah meninggalkan Malaysia pada hari sama insiden tersebut berlaku.
Saksi kesembilan, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata hasil risikan dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Polis Antarabangsa (Interpol) mendedahkan identiti keempat-empat suspek.
Sebelum ini, keempat-empat suspek hanya dikenali dengan nama samaran iaitu Mr. Chang, Mr. Y, Hanamori atau Uncle dan James.
"Hasil risikan mendapati mereka adalah Song Song Sac (Mr Chang), Ri Ji Hyon (Mr Y), Ri Jae Nam (Hanamori) dan O Jong Gil (James).
"Selain itu, daripada imej yang diperolehi dari salah seorang tertuduh (Siti Aisyah), hasil risikan menunjukkan ada kemungkinan James adalah Ri Ji U," kata Wan Azirul.
Namun, menurut Wan Azirul tiada rekod keluar masuk negara bagi Ji U. Kelima-lima suspek telah dikenal pasti sebagai warga Korea Utara.
Tambah Wan Azirul, tiga daripada empat suspek telah meninggalkan Malaysia melalui sebuah pesawat menuju ke Jakarta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka adalah Mr. Chang, Mr. Y dan Hanamori.
Perbicaraan kes pada sesi petang akan menumpukan kepada proses pengumpulan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh Wan Azirul untuk siasatannya.
Topic Berkaitan
#Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz
#Cawangan Khas Bukit Aman
#empat suspek
#Interpol
#kim jong nam
#saksi kesembilan
#warga Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan