KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh tahun ini disokong oleh beberapa pemangkin penting yang boleh meningkatkan nilai mata wang tempatan.
Saktiandi Supaat, ketua penyelidikan dan strategi pertukaran asing, pasaran global di Maybank Singapore berkata dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi, landskap kadar sepatutnya lebih menguntungkan bagi ringgit memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadarnya sepanjang 2024.
"Ahli ekonomi kita berpandangan bahawa 2024 boleh menjadi tahun lonjakan bagi ekonomi Malaysia dengan pelan tindakan, pelan induk seperti rangka kerja Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang bakal dilaksanakan, dan pembaharuan fiskal serta penstrukturan semula ekonomi menjadi tumpuan utama.
"Pelaksanaan berperingkat rasionalisasi subsidi bahan api juga boleh meningkatkan keyakinan terhadap ringgit," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata 2024 boleh menjadi tahun yang lebih baik bagi ringgit selagi persekitaran luaran kekal positif bagi mata wang tempatan.
Faktor-faktor luaran
Ketika ini ringgit berlegar di paras 4.77 berbanding dolar AS.
Saktiandi berkata nilai ringgit masih rendah dan trend ini telah berterusan sejak kejatuhan harga minyak manakala dolar AS mendapat tarikan sebagai mata wang selamat susulan data makro negara itu yang kekal kukuh.
"Sebagai mata wang rizab dan mata wang pembayaran, sokongan pengelakan risiko terhadap dolar AS dijangka berterusan sehingga Fed memberi bayangan akan mula secara rasmi mengurangkan kadarnya atau trajektori prospek penurunan inflasi AS terus kekal," katanya.
Beliau berkata pergerakan ringgit mungkin berubah sekiranya Fed menurunkan kadar dan hasil mula susut kerana perbezaan kadar boleh menjadi pemacu penting bagi ringgit berbanding dolar AS.
Selain itu, ekonomi China yang bertambah baik dan/atau rangsangan fiskal dari negara itu boleh menambah sokongan kepada yuan dan pasaran serantau.
"Selagi ekonomi Malaysia terus mencatatkan peningkatan dari segi prospek eksport dan pelaburan, pemacu asas makro akan terus menyokong," katanya.
Ringgit berbanding mata wang serantau
Saktiandi berkata dari 22 Mac hingga hari ini, ringgit hanya turun sebanyak 0.88 peratus berbanding dolar AS.
Secara perbandingan, beliau berkata, rupiah Indonesia, won Korea, yen Jepun, dolar Taiwan, peso Filipina, baht Thailand dan dolar Singapura mencatatkan prestasi lebih buruk daripada ringgit berbanding dolar AS apabila mata wang berkenaan masing-masing menyusut 2.9 peratus, 2.8 peratus, 2.2 peratus, 2.1 peratus, 2.0 peratus, 1.80 peratus dan 0.9 peratus.
"Yen, rupiah, won, peso dan baht, sebagai contoh, berdepan aliran portfolio khusus dan/atau isu berkaitan domestik termasuk dasar serta kebimbangan fiskal yang mungkin telah memburukkan lagi impaknya ke atas mata wang dalam pasaran," katanya.
Beliau berkata setakat ini, pasaran kewangan Malaysia agak berdaya tahan berbanding pasaran serantau lain walaupun terdapat pertembungan faktor risiko dengan kerajaan dan bank pusat berjaya mengawal keadaan dengan baik.
Prestasi pertukaran asing
Saktiandi menjangka kemeruapan pasaran pertukaran asing akan pulih atau stabil sebaik sahaja prospek kadar dasar AS menjadi lebih jelas dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah mereda yang mana akan menyebabkan dolar AS turun dengan ketara menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat risiko peningkatan ketegangan AS-China menjelang atau selepas pilihan raya presiden AS.
"Keadaan makro di luar AS yang bertambah baik juga boleh menambah baik sentimen risiko dan menyediakan sokongan terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun berisiko," katanya.
Selain itu, intervensi lisan terbaharu yang diselaraskan menerusi pelbagai kenyataan daripada mesyuarat tiga hala Kumpulan Tujuh (G7) antara menteri kewangan Korea Selatan, Jepun dan AS serta ulasan People's Bank of China's mengenai yuan, telah membantu meredakan entimen dalam pasaran pertukaran asing, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Setakat ini, pasaran kewangan Malaysia agak berdaya tahan berbanding pasaran serantau lain walaupun terdapat pertembungan faktor risiko dengan kerajaan. - Gambar hiasan
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.