awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta

Kenyataan Media
Kenyataan Media
31/01/2022
05:29 MYT
ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta
ProtectHealth akan memastikan bahawa semua PPV di bawah kendaliannya akan bersedia sepenuhnya.
SUSULAN sidang media oleh YB Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang akan bermula pada 3 Februari, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) mengalu-alukan pelaksanaan program ini dan menggalakkan penyertaan Pakar Pediatrik Swasta dan Klinik Pakar dalam program ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr Anas Alam Faizli menyatakan bahawa ProtectHealth melalui Pengamal Perubatan Swasta (PPS) akan terus membantu dan bekerjasama dengan KKM dalam pelaksanaan PICKids.
Sebagai permulaan, PICKids akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital- hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai komorbiditi, manakala bagi kanak-kanak tanpa sebarang masalah kesihatan, vaksinasi akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.
ProtectHealth akan memastikan bahawa semua PPV di bawah ProtectHealth, termasuk PPV Integrasi, PPV Offsite dan PPV Hospital Swasta terpilih akan bersedia sepenuhnya untuk menampung kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun mendapatkan vaksin dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Untuk makluman, PPV untuk PICKids di bawah ProtectHealth akan memulakan operasi mengikut tarikh seperti dalam jadual di bawah:
Grafik ProtectHealth
Grafik ProtectHealth
Sehingga 27 Januari 2022, lebih daripada 63.1 juta dos vaksin telah diberikan dan 51.5% atau 32.4 juta dos disumbangkan oleh PPS dan NGO Kesihatan di bawah ProtectHealth.
Topic Berkaitan
#ProtectHealth
#PPV
#PICKids
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan