Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebut kata-kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan #KitaLawan.
Hakim Shamsudin Abdullah dalam penghakimannya berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu kerana perkataan hasutan yang digunakan tertuduh mendatangkan kebencian dan ketidaksetiaan terhadap pentadbiran negara.
"Hukuman adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan mereka yang cenderung melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang dan mengambil kira kepentingan awam agar keselamatan tidak tergugat.
"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan berkuat kuasa hari ini," kata hakim itu kepada tertuduh yang juga naib ketua Pemuda Amanah Nasional yang dilihat tenang di dalam kandang tertuduh.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd Fakhrulrazi, 38, yang juga penceramah bebas sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dan menaikkan wang jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Pada 8 September tahun lepas, Mohd Fakhrulrazi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu di hadapan Kompleks Sogo, No. 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada 4.30 petang, 21 Feb 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam Ariff Azami Hussein mewakili Mohd Fakhrulrazi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk denda mengambil kira ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya.
Katanya mahkamah seharusnya memberi peluang kedua dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh.
"Tertuduh sudah berkahwin, isterinya seorang guru dan mempunyai enam orang anak berusia 11 bulan sehingga 13 tahun telah beri kerjasama baik kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.
Peguam itu berkata tertuduh juga berpotensi dan berkemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dan memohon jumlah denda tidak melebihi RM2,000.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara bagi memberi pengajaran selain setimpal dengan kata-kata tertuduh yang berkencederungan menghasut.
Pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu manakala tertuduh adalah saksi tunggal dalam prosiding membela diri.
Bernama
Thu Aug 25 2016
Terdahulu, peguam Ariff Azami Hussein mewakili Mohd Fakhrulrazi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk denda mengambil kira ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya. - Gambar hiasan
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Protes #KitaLawan: Bekas bendahari Dewan Pemuda PAS dihukum penjara lapan bulan
Perkataan hasutan yang digunakan tertuduh mendatangkan kebencian dan ketidaksetiaan terhadap pentadbiran negara.