awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes #TangkapMO1: Pelajar IPT perlu tumpu kepada pengajian - Idris

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/08/2016
06:37 MYT
Protes #TangkapMO1: Pelajar IPT perlu tumpu kepada pengajian - Idris
IDRIS: Pelajar patut menjaga tingkah laku mereka.
Golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seharusnya memberi tumpuan kepada pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, walaupun pelajar diberi kebebasan ketika sedang menuntut di peringkat IPT namun mereka perlu menjaga tingkah laku mereka.
"Anda boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Universiti Malaya sebelum ini. Adakah tindakan merempuh pintu itu bagus?
"Pelajar diberikan kebebasan namun mereka patut melakukan analisis dan menjaga tingkah laku mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Dunia (ESTCON2016) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penganjuran perhimpunan 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) pada 27 Ogos ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur, yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda.
Perhimpunan itu mendesak identiti 'MO1', yang disebutkan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan.
Selain itu, Idris juga mengingatkan kepada penuntut institusi awam, bahawa kerajaan telah membelanjakan RM16,000 setahun secara purata untuk pelajar.
"Pelajar hanya perlu bayar RM2,000 sahaja setahun. Ada jurang dana awam sebanyak RM16,000.
"Beri tumpuan kepada pembelajaran dan tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda anda pada masanya. Beri tumpuan kepada pembelajaran, itu nasihat saya," katanya.
Topic Berkaitan
#Gerakan Anak Muda
#Idris Jusoh
#IPT
#Menteri Pendidikan Tinggi
#perhimpunan
#tangkapmo1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan