Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dr Afif Bahardin mencadangkan penggunaan satu logo tunggal bagi semua parti Pakatan Harapan yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurutnya, langkah berkenaan bertujuan untuk menunjukkan kesatuan dalam pakatan pembangkang, selain mengelakkan pertandingan tiga penjuru menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Masalah dihadapi oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum pada 2013 adalah berlakunya pertandingan tiga penjuru kerana kita gagal bertanding di bawah satu logo. Jadi satu cara mengatasi masalah ini bertanding menggunakan logo yang sama bagi mewakili pakatan pembangkang.
"Saya ingin mencadangkan kepada parti-parti pembangkang nanti untuk mengambil lambang Keadilan untuk diletakkan di semua kerusi di seluruh negara. Sebelum ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) sudah menggunakan lambang Keadilan untuk bertanding di Sungai Siput dan menang. Kita memperakui itu adalah ahli parlimen PSM tetapi menggunakan lambang Keadilan," katanya pada Forum Parti Baru = Harapan Baru? di sini, pada Rabu.
Dr Afif mencadangkan penggunaan logo Parti Keadilan sebagai logo tunggal berikutan ia lebih 'mesra rakyat' dan jenama yang sudah dikenali ramai.
"Dalam politik, kita kena ambil maklum ada sesetengah lambang yang 'diterima' oleh masyarakat dengan lebih baik. Contohnya, lambang Keadilan itu tidak terlampau stigma kepada masyarakat dan telah dikenali lebih 16 tahun. Dengan strategi itu, rakyat akan melihat seluruh negara hanya ada satu lambang bagi menentang lambang dacing.
Kegagalan parti pembangkang memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN pada pilihan raya negeri Sarawak lalu menyaksikan kejayaan Tan Sri Adenan Satem membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.
BN berjaya menguasai 72 daripada 82 kerusi dipertandingkan di negeri berkenaan. DAP hanya menang tujuh daripada 31 kerusi dipertandingi, berbanding 12 kerusi sebelum ini.
PKR pula hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. Manakala, PAS dan Parti Amanah Negara gagal mendapat sebarang kerusi.
Tan Su Lin
Thu Aug 18 2016
AFIF: "Masalah dihadapi oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum pada 2013 adalah berlakunya pertandingan tiga penjuru kerana kita gagal bertanding di bawah satu logo." - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.