Berikut adalah kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini berhubung dakwaan wujud manupulasi sistem pilihan raya pada pilihan raya ke 14 (PRU14) nanti:
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat manipulasi terhadap sistem pilihan raya dan persempadanan semula untuk memastikan kemenangan pihak parti tertentu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Dalam hal ini, SPR menegaskan bahawa semua sistem yang dijalankannya seperti sistem pendaftaran pemilih, sistem penjalanan pilihanraya dan sistem persempadanan semula bahagian pilihan raya adalah telus dan adil.
2. Ini berikutan dakwaan yang dibuat oleh artikel yang disiarkan dalam akhbar The Economist bertajuk How Malaysia’s Next Election Will Be Rigged pada 8 Mac lalu yang mendakwa bahawa terdapat manipulasi sistem pilihan raya dan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dijalankan bertujuan untuk membantu kemenangan parti pemerintah pada PRU14 akan datang. Sehubungan dengan itu, SPR berpandangan kenyataan tersebut adalah bersifat tohmahan yang tidak berasas sama sekali serta berniat untuk mengelirukan.
3. Dalam hal ini pihak berkenaan hanya melihat kesan persempadanan semula yang dijalankan itu dalam konteks kepentingan politik kepartian mereka semata-mata. Namun bagi SPR pula, dalam menjalankan urusan ini, SPR tidak pernah mengambil kira kepentingan politik mana-mana parti kerana kami melihat tujuan dan kesan persempadanan semula itu dalam perspektif yang lebih utama iaitu untuk kepentingan keseluruhan pengundi dan wakil rakyat di setiap bahagian pilihan raya yang terlibat.
4. Persoalan terhadap penentuan kalah atau menang mana-mana pihak calon/parti adalah bergantung kepada usaha mereka dalam memenangi hati rakyat serta menarik sokongan pengundi untuk memilih mereka kerana pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pilihan mereka.
5. Malahan, sejarah pilihan raya juga telah membuktikan bahawa persempadanan semula bukanlah faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak, sebaliknya ia ditentukan oleh pilihan pengundi sepertimana yang berlaku ke atas Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak yang pernah berjaya diperintah oleh pihak parti pembangkang sehingga beberapa penggal pilihan raya walaupun masih menguna pakai formula dan sistem persempadanan yang sama.
6. Selain itu, persoalan gerrymandering dan malapportionment yang sering dijadikan alasan oleh pihak tersebut bahawa SPR telah melakar sesuatu kawasan pilihan raya bertujuan memberi kemenangan kepada parti tertentu juga adalah tidak benar. Keputusan mahkamah yang memihak kepada SPR jelas membuktikan bahawa ia telah mematuhi semua prinsip-prinsip asas persempadanan semula berdasarkan kepada peruntukan yang digariskan dalam Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
7. SPR juga ingin menjelaskan berhubung formula perbandingan persempadanan tidak sama rata yang sering digunakan oleh pihak tersebut adalah tidak wajar dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Contohnya, adalah sangat tidak wajar mereka membandingkan bahagian pilihan raya Parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kategori bandar dengan bahagian pilihan raya Parlimen/DUN dalam kategori luar bandar kerana ianya dalam kategori yang berbeza.
8. Dari sudut geografi dan populasi, walaupun Parlimen/DUN luar bandar mempunyai keluasan yang lebih besar tetapi populasinya adalah lebih kecil. Manakala jenis penempatannya pula adalah secara berselerak. Berbanding pula dengan bahagian pilihan raya Parlimen/DUN dalam kategori bandar, walaupun keluasannya lebih kecil namun kepadatan penduduknya adalah sangat tinggi kadangkala mencecah lebih sejuta orang dan jenis penempatannya pula adalah secara berkelompok/ berpusat.
9. Selain daripada itu kemudahan juga lebih banyak terdapat di bahagian pilihan raya Parlimen/DUN dalam kategori Bandar seperti sekolah, dewan dan sebagainya. Oleh yang demikian sudah pasti terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua jenis kategori bandar dan luar bandar. Sewajarnya perbandingan perlulah dibuat di antara kategori bandar dengan bandar atau luar bandar dengan luar bandar.
10. SPR menegaskan bahawa kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dibuat untuk kepentingan dan keselesaan pengundi serta memudahkan wakil rakyat untuk memberi khidmat mereka kepada pengundi. Selain itu, keutamaan kepada keselesaan pengundi dan kemudahan proses pengundian serta penjalanan pilihan raya secara menyeluruh telah dinilai oleh SPR dalam proses tersebut.
11. Untuk pengetahuan, syor persempadanan semula itu juga telah dirangka dengan mengambil kira semua cadangan serta maklumbalas yang diterima daripada pembantah-pembantah yang layak mengikut undang-undang melalui representasi bantahan yang dikemukakan oleh mereka. SPR telah mempertimbangkannya dan meminda kebanyakkan syor-syor asal sebelum menyediakan laporan akhir.
12. SPR telah pun menyerahkan laporan akhir tersebut kepada YAB Perdana Menteri pada 9 Mac 2018 untuk tindakan beliau selanjutnya. Dengan penyerahan laporan itu, bermakna tugas dan tanggungjawab SPR dalam melaksanakan urusan Kajian Persempadanan Semula ini telah selesai seperti mana ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
13. Walaubagaimana pun syor yang dikemukakan oleh SPR dalam laporan akhir tersebut masih lagi belum muktamad kerana ianya perlu dibentangkan, dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, Ahli-Ahli Dewan Rakyat wajar mengambil peluang untuk membahas syor itu dan membuat keputusan sewajarnya. SPR telah menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan.
14. Mengenai sistem pendaftaran pemilih pula, SPR telah mewujudkan proses yang telus dan adil di mana setiap pewartaan daftar pemilih mesti melalui proses pameran rang daftar pemilih tambahan kepada umum bagi membolehkan pemeriksaan dibuat terhadap setiap permohonan baharu permohonan atau permohonan pertukaran bahagian pilihan raya sebelum didaftar dan diwartakan mengikut Undang-Undang. Pemilih yang layak di bahagian pilihan raya yang berkenaan diberi peluang untuk membuat proses bantahan dan tuntutan. Malah, pendengaran awam juga dilaksanakan untuk membuktikan sesuatu permohonan itu sah atau sebaliknya. Semua proses itu mesti dilalui oleh SPR bagi pewartaan pemilih ini dan ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
15. SPR juga ingin menjelaskan mengenai ketelusan sistem pilihan raya yang dikendalikan olehnya pada setiap pilihan raya bahawa setiap proses dijalankan dengan telus dan adil. Dalam sistem pilihan raya Negara ini terdapat peranan pemerhati-pemerhati tetap yang terdiri daripada wakil-wakil setiap calon atau parti politik yang bertanding yang bertugas dalam tempat pengundian (saluran) dan tempat pengiraan undi sebagai ejen Tempat Mengundi (ETM) atau Ejen Pengiraan Undi (EPU). Mereka turut berada dalam tempat mengundi sepanjang masa untuk memerhati dan memantau segala proses yang dijalankan.
16. Pada PRU14 nanti dianggarkan akan terdapat lebih daripada 200 ribu orang ejen calon atau parti akan berada dalam hampir 30 ribu tempat mengundi (saluran) untuk memantau proses PRU14. Oleh yang demikian dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa sistem pilihan raya akan dimanipulasi untuk memberi kemenangan kepada pihak parti tertentu adalah satu tohmahan yang bertujuan untuk menimbulkan rasa kecurigaan dan mengelirukan masyarakat. Dalam hal ini SPR ingin menasihati setiap calon atau parti yang bertanding supaya melantik wakil mereka secukupnya untuk bertugas sebagai pemerhati/ejen mereka dan menjadi saksi mata bahawa segala proses pilihan raya itu dilaksanakan dengan telus dan adil.
17. Selain itu, proses pengundian pos juga dilakukan atas keperluan pihak-pihak terlibat yang tidak dapat melaksanakan proses undi awal atau keluar pada hari mengundi atas faktor-faktor memastikan keselamatan dan kesihatan awam terjamin. Ini adalah dibenarkan oleh Undang-Undang dan telah diputuskan bahawa hanya kategori tertentu sahaja dibenarkan secara permohonan bukannya secara automatik atau bukannya kepada semua anggota secara pukal.
18. Apa pun kritikan dan cadangan yang dikemukakan kepada SPR berkaitan sistem pilihan raya, ianya tidak akan menjejaskan komitmen SPR dalam memastikan PRU14 berlangsung secara telus dan adil serta mematuhi semua proses perundangan berkaitan pilihan raya.
19. SPR menegaskan bahawa tiada manipulasi sistem pilihan raya atau persempadanan semula dalam PRU14. SPR tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya yang akan berlangsung nanti.
20. Dalam situasi politik terkini, adalah tidak wajar SPR dan sistem yang dilaksanakannya dijadikan bahan propaganda atau dijadikan modal politik oleh pihak-pihak berkenaan. SPR menyarankan semua pihak mengamalkan politik matang kerana dengan sistem itu jugalah mereka dapat berkuasa di negeri-negeri tersebut selama beberapa penggal.
21. SPR turut menasihati semua pihak agar tidak mudah mempercayai dakwaan liar yang dibuat oleh pihak tertentu yang bertujuan menimbulkan kecurigaan terhadap kredibiliti sistem dan badan yang menjalankannya. SPR akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sekiranya didapati mana-mana pihak yang cuba menyebarkan berita palsu dan menimbulkan kegemparan serta menjejaskan proses PRU14 nanti.
22. Dalam masa yang sama, bagi menghadapi PRU14 ini, SPR akan terus menjalankan usaha-usaha penerangan dan penjelasan yang lebih menyeluruh kepada masyarakat berlandaskan fakta dan situasi sebenar berhubung sistem pilihan raya, sistem pendaftaran pemilih dan sistem persempadanan semula yang diamalkan supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan liar yang dilemparkan kepada SPR.
Kenyataan Media
Tue Mar 13 2018
Kata Hashim, SPR tidak terbabit dalam dakwaan wujud manipulasi sistem Pilihan Raya pada PRU14 untuk memenangkan pihak tertentu. - Foto Bernama
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.