KUALA LUMPUR : Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan terlibat pada hari pengundian awal seperti yang diwartakan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya (DPPR) bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) pada 15 November ini.
Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, sebanyak 153 pusat mengundi awal ATM telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pusat pengundian awal bagi anggota dan pasangan di seluruh negara.
"Bagaimanapun, proses membuang undi bagi anggota yang didaftarkan sebagai Pengundi Pos telah bermula 7 November lalu sehingga 19 November 2022 sebelum jam 5.00 petang setelah menerima Sampul Keutamaan Kertas Undi Pos (SKKUP) yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengurus (Returning Officer – RO) bagi sesuatu bahagian pilihan raya.
"Adalah menjadi harapan ATM agar proses pengundian berkenaan berjalan dengan lancar bagi membolehkan setiap anggota dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi yang sah sepertimana rakyat Malaysia yang lain.
"ATM juga sentiasa menyokong proses dan Sistem Demokrasi Berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
"Atas kesetiaan kepada Agong juga, warga ATM sentiasa berpegang kepada norma-norma integriti di dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tegasnya lagi, apa yang penting ATM akan terus beri fokus kepada keutamaan dalam memperkasakan kesiapsiagaan angkatan demi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara pada sebilang masa.
Apatah lagi, ketika negara kini telah mula memasuki Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang bermula sejak 7 November dan akan berlarutan sehingga Mac 2023.
Pada hari pengundian nanti, 19 November 2022, ATM juga bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak SPR, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa awam dalam memastikan perjalanan proses pengundian di seluruh negara berjalan dengan lancar.
Pada masa sama ianya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini sepanjang proses pengundian serta apabila keputusan pilihan raya diumumkan kelak.
Astro Awani
Sun Nov 13 2022
Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan terlibat pada hari pengundian awal seperti yang diwartakan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya bagi PRU15. - Foto fail/BERNAMA
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.