awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 79 laporan polis diterima sehingga semalam - Ketua Polis Selangor

Bernama
Bernama
10/11/2022
10:12 MYT
PRU15: 79 laporan polis diterima sehingga semalam - Ketua Polis Selangor
Sebanyak 79 laporan polis diterima sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga semalam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Sebanyak 79 laporan polis diterima sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga semalam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.
Beliau berkata untuk tempoh yang sama sebanyak empat kertas siasatan dibuka membabitkan kes menceroboh pusat penamaan calon, menerbangkan dron dan mengeluarkan kenyataan berbau fitnah serta mengoyakkan bendera dan merosakkan papan iklan parti politik.
Selain itu Arjunaidi berkata pihaknya menerima sebanyak 660 permohonan bagi permit mengadakan ceramah sehingga semalam.
"Daripada jumlah itu sebanyak 642 permohonan diluluskan manakala baki tidak diluluskan kerana kawasan tidak sesuai serta bertembung dengan ceramah parti politik lain selain permohonan dibuat terlalu lewat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Latihamal Ex-Undi Persediaan PRU15 Kontinjen Selangor di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan Selasa lepas kerana melakukan pemerasan terhadap petugas bilik gerakan sebuah parti politik yang bertanding pada PRU15 di Petaling Jaya dekat sini.
Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Taman Petaling Utama kira-kira pukul 11 malam.
"Pemerasan ini tidak melibatkan elemen gengsterisme atau melibatkan parti politik dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#laporan polis
#tempoh kempen
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan