awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad

Israr Khalid
Israr Khalid
15/11/2022
23:00 MYT
PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
IDRIS: Ini satu benda yang agak ajaib, kita pun tak sedar keadaan yang berlaku. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad mendakwa golongan muda yang tidak peduli tentang politik sebelum ini sudah bangkit dan bersama Perikatan Nasional (PN).
Katanya, ia didorong kebolehan mereka kali ini untuk terlibat sama dalam proses demokrasi selepas melihat keupayaan PN mengemudi negara di waktu krisis.
Kebangkitan anak muda itu menurut Idris, terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, tampil menunjukkan sokongan kepada PN.
“Bila berlakunya pembubaran Parlimen, hari ini berlaku gelombang anak muda. Bukan sahaja saya tengok berlaku di Bagan Serai, malah juga di Parit Buntar dan Bukit Gantang sendiri.
“Saya mendapat makluman daripada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) bahawa di sana pun sama. Begitu juga di Terengganu.
“Ini satu benda yang agak ‘ajaib’. Kita pun tak sedar keadaan yang berlaku,” kata calon PN P.058 Bagan Serai itu dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Ujar Idris, pada mulanya beliau beranggapan bahawa anak muda akan cuba membuat perubahan setelah hangatnya naratif 'kerajaan pintu belakang' ditohmah ke atas PN oleh pihak parti lawan.
Namun, menurutnya, keupayaan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri sewaktu negara hebat dilanda COVID-19 tempoh hari memberi keyakinan kepada anak muda bahawa PN adalah pilihan mereka.
PRU15 | Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#PRU15
#Idris Ahmad
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan