awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hishammuddin mahu Anwar kemuka bukti dakwaan anggota tentera terima wang

Bernama
Bernama
13/11/2022
13:16 MYT
PRU15: Hishammuddin mahu Anwar kemuka bukti dakwaan anggota tentera terima wang
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.153 Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan ucapan pada program Sepetang Bersama Pemimpin. - Foto BERNAMA
SUNGAI BULOH: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa berhubung dakwaannya mengenai anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dibayar RM300 untuk berbuat demikian.
Beliau berkata ini berikutan kenyataan Presiden PKR itu yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semalam yang memaklumkan beliau mempunyai bukti berhubung dakwaan tersebut dan akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Dia (Anwar) kata sudah ada bukti dan sepatutnya dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Pemimpin, di sini, hari ini.
Hishammuddin turut menjelaskan bahawa proses undi pos adalah kebiasaan buat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas dan tidak dapat hadir pada hari pengundian.
"Tak akan nak letak maruah, integriti tentera setakat RM300, kenyataan dia (Anwar) menimbulkan kemarahan dalam warga ATM.
"Undi pos (adalah) suatu perkara biasa, masa mereka menang masa PRU14 ada undi pos tetapi nak tuduh anggota kita menerima RM300 untuk apa tujuannya sampai hari ini tidak jawab," katanya.
SPR menetapkan 15 Nov sebagai hari pengundian awal manakala hari pengundian adalah pada 19 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Hishammuddin Hussein
#Anggota tentera
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan