awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ibu berpantang teruja mengundi kali pertama

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
19/11/2022
03:25 MYT
PRU15: Ibu berpantang teruja mengundi kali pertama
Norin berkata dia tekad keluar mengundi kerana berasa terpanggil untuk menyumbang kepada pemilihan pemimpin setempat. - Foto Astro AWANI
LIPIS: Biarpun masih dalam tempoh berpantang, seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai teruja menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama hari ini.
Norin Aznan, 22 tahun, melahirkan anak kedua, Anaqi Mikail Mohamad Aiman Hakim, pada 5 Nov lalu dan masih menjalani proses berpantang di rumahnya di perkampungan Orang Asli Kampung Kuala Koyan.
Ibu kepada dua cahaya mata yang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai, dekat sini, tekad keluar mengundi kerana berasa terpanggil untuk menyumbang kepada pemilihan pemimpin setempat.
"Saya hadir bersama bayi dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh ayah, Aznan Achom, dari Kampung Kuala Koyan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari pusat mengundi.
"Saya sangat teruja mahu mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.
"Saya juga mendapat sokongan keluarga untuk keluar mengundi walaupun dalam tempoh berpantang," katanya ketika ditemui di SK Tanjung Gahai di sini hari ini.
Norin berkata, proses pengundian berjalan lancar kerana petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sangat membantu.
"Terima kasih kepada semua petugas kerana memudahkan urusan saya untuk menjalankan tanggungjawab tadi.
"Ada petugas SPR tolong bawa saya menggunakan kerusi roda dan papah saya selain mempercepatkan proses mengundi di laluan pantas," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ibu dalam pantang mengundi
#PRU15
#DUN Jelai
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan