Skip to main content

Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco peringatkan inventori minyak global 'sangat tipis'

Bekalan minyak dari Asia Barat merosot hampir tiga bilion tong sepanjang tempoh tujuh bulan serangan AS-Israel ke atas Iran. - Gambar hiasan/REUTERS
Bekalan minyak dari Asia Barat merosot hampir tiga bilion tong sepanjang tempoh tujuh bulan serangan AS-Israel ke atas Iran. - Gambar hiasan/REUTERS

Advertisement

MOSCOW: Inventori minyak global berada pada tahap “sangat tipis” dan mungkin mengambil masa sehingga dua tahun untuk dipulihkan, menurut Financial Times pada Isnin yang memetik Amin Nasser, ketua syarikat minyak dan gas milik kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Sistem itu sudah berada di bawah tekanan. Dan dengan begitu sedikit pilihan lain untuk dunia bergantung kepada, penampan daya tahan bekalan berada pada tahap yang sangat tipis,” kata Nasser pada sebuah forum tenaga di London.

Bekalan minyak dari Asia Barat merosot hampir tiga bilion tong sepanjang tempoh tujuh bulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.

Lebih satu bilion tong dikeluarkan daripada rizab bagi menampung kekurangan itu, kata Nasser.

Kerajaan di seluruh dunia mengeluarkan lebih 300 juta tong daripada rizab strategik.

Nasser berkata sebahagian besar bekalan itu datang daripada stok simpanan syarikat, yang merupakan langkah utama terakhir yang masih tersedia.

Nasser menganggarkan kurang daripada enam bilion tong inventori komersial masih ada, dengan sebahagian besarnya hampir tidak boleh diakses.

Walaupun konflik berakhir, usaha mengisi semula stok sambil memenuhi permintaan secara serentak boleh mengambil masa sehingga dua tahun, ramal Ketua Aramco itu.

Beliau menggesa kerajaan supaya memberi penekanan lebih besar kepada keselamatan dan daya tahan tenaga.

 -- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement