awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kekecohan pusat mengundi, tiga kertas siasatan dibuka

Sinar Harian
Sinar Harian
20/11/2022
21:30 MYT
PRU15: Kekecohan pusat mengundi, tiga kertas siasatan dibuka
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan awal mendapati dua lelaki adalah penyokong sebuah parti bertanding dikatakan tidak berpuas hati terhadap ketua tempat mengundi. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung tindakan dua lelaki yang dikatakan telah menimbulkan kekecohan di pusat mengundi di Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lebak Seberang, Temerloh.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh, jam 9.30 malam pada Sabtu.
"Susulan itu, kita membuka dua kertas siasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang mendatang kekerasan terhadap menjawat awam ketika menjalankan tugas.
"Satu lagi siasatan di buat mengikut Seksyen 4 (G) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu petugas Pilihan Raya melakukan pelanggaran atau ketinggalan berkenaan pelaksanaan tugasannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau sebelum itu menjelaskan, siasatan awal mendapati dua lelaki adalah penyokong sebuah parti bertanding dikatakan tidak berpuas hati terhadap ketua tempat mengundi yang enggan menyerahkan salinan penyata pengundi selepas selesai proses pengiraan kepada calon.
Menurutnya, pada kerusi itu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persediaan untuk membawa peti undi keluar ke pusat penjumlahan undi di Dewan Tun Abdul Razak Temerloh.
"Kejadian itu, bagaimanapun telah dileraikan dengan segera oleh anggota polis yang bertugas," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#kertas siasatan
#kekecohan
#pusat mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan