awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ketua STAR bahagian Bugaya letak jawatan, GRS gagal capai kata sepakat

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
04/11/2022
04:12 MYT
PRU15: Ketua STAR bahagian Bugaya letak jawatan, GRS gagal capai kata sepakat
Ahmat berkata, tindakan itu dibuat disebabkan perbincangan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini gagal mencapai kata sepakat.
SEMPORNA: Ketua Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Ahmat Daud mengumumkan peletakan jawatannya sebagai peneraju parti itu di sini berkuat kuasa serta-merta.
Ahmat berkata, tindakan itu dibuat disebabkan perbincangan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini gagal mencapai kata sepakat.
“Saya menarik diri dan meletakan jawatan ini serta-merta disebabkan perancangan dan perbincangan bersama rakan GRS tidak dapat dicapai di peringkat akar umbi sehingga wujud kekeliruan.
“Keputusan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau unsur-unsur lain dan ia dibuat atas dasar kerelaan sendiri,” katanya dalam kenyataan media, di sini.
Menurutnya, pengunduran yang dibuatnya itu turut disertai oleh seluruh jawatankuasa dan ahli STAR Bugaya, Semporna.
Dalam pada itu, Ahmat menyifatkan kerusi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya bakal menyaksikan satu pertembungan hebat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
“Kita dapati setiap parti dan calon yang bertanding bagi kedua-dua kerusi tersebut memiliki perancangan yang teliti dalam mengatur strategi.
“Kemenangan PRU15 nanti bergantung kepada kebijaksanaan calon yang bertanding kerana ia menjadi penentu dalam mendapat sokongan rakyat,” katanya.
Topic Berkaitan
#STAR
#DUN Bugaya
#Semporna
#Politik Sabah
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan