awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas harap masih ada ruang persefahaman dengan UMNO

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/10/2022
00:50 MYT
PRU15: Pas harap masih ada ruang persefahaman dengan UMNO
Takiyuddin berkata, persefahaman itu membolehkan PN dan BN memperolehi manfaat bersama atau situasi menang-menang. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pas masih mengharapkan ada ruang persefahaman dengan UMNO pada saat akhir bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persefahaman itu membolehkan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh manfaat bersama atau situasi menang-menang.
"Kita pun di Perikatan Nasional masih lagi mengharapkan berlakunya rundingan yang boleh memberikan keuntungan kepada semua pihak, win-win situation.
"Dalam konteks ini PN dan BN boleh jadi kalau tak ambil satu langkah mengelakkan daripada pertembungan banyak penjuru yang menyebabkan semua kalah.
"Pas masih lagi komited sebagai mendokong konsep MN, masih lagi wujud MN, tiada pembatalan setakat ini," katanya.
Jelas beliau Pas dalam Perikatan Nasional masih mendokong Muafakat Nasional (MN), kerana ia belum ada noktah berdasarkan piagam yang dibentuk bersama sebelum ini.
MN, katanya, masih lagi wujud dengan tiada pembatalan dibuat.
Takiyuddin berkata, Pas sedang merangka kerjasama bagi mengelakkan permusuhan di antara Pas dan UMNO.
Ia termasuklah mencari formula terbaik agar penyatuan ummah dan parti Melayu dapat dikekalkan.
Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut memaklumkan, dalam politik pelbagai kaedah dilakukan termasuk menjalinkan kerjasama, menubuhkan gabungan atau persefahaman antara parti politik tanah air.
Beliau berkata demikian selepas melawat bekas pemain bolasepak Kelantan era 90-an, Hashim Mustafa yang menderita penyakit kencing manis di sini petang semalam.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#MN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan