JASIN: Keputusan Pas untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sudah dijangka lebih awal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan yang dibuat semalam bukanlah sesuatu yang mengejutkan meskipun beberapa pintu rundingan antara UMNO dan Pas telah dibuka sebelum ini.
“Kita menghormati setiap keputusan dilaksanakan mana-mana parti yang mana walaupun peringkat awal Pas bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang melihatkan orang Melayu dan Islam begitu teruja dengan apa kita lakukan.
“UMNO dari awal sudahpun menjangkakan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat kepimpinan Pas, kita sudah agak perkara itu berlaku (tetapi) kita sentiasa terbuka ketika itu untuk berbincang dengan pihak kepimpinan Pas.
“Semalam kata putus telah dibuat, sebab itu dari awal Presiden UMNO telah buat kenyataan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedia gerak solo. Kita dah sebut beberapa kali kita bersedia,” katanya.
BACA: Pas pilih PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Sementara itu mengulas kenyataan enam negeri pembangkang termasuk tiga negeri Pas yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, katanya ia tidak memberi kesan kepada kerajaan.
Bagaimanapun katanya, tindakan itu jelas akan membebankan rakyat memandangkan mereka perlu keluar mengundi dua kali dalam tempoh terdekat selain melibatkan kos pilihan raya yang tinggi.
“Mereka dah umumkan lebih awal untuk negeri-negeri pembangkang, cuma pada peringkat awal kita tak menjangkakan lagi dari segi kerajaan Pas, tetapi kini Pas telah berada di pihak lain dan mereka umum tidak akan bersama kita.
“Itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada kita cuma yang pertama akan menyusahkan rakyat keluar mengundi dan dari segi kos yang akan ditanggung oleh kerajaan tinggi kerana enam negeri itu dari segi persiapan pilihan raya, bajet dan sebagainya,” katanya.
Jelasnya, bagaimanapun keputusan dibuat enam negeri itu tidak akan menjejaskan perjalanan PRU15 dan enam negeri terbabit berhak untuk membubarkan DUN mereka bila-bila masa.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 14 2022
Ismail Sabri berkata keputusan yang dibuat semalam bukanlah sesuatu yang mengejutkan meskipun beberapa pintu rundingan antara UMNO dan Pas telah dibuka sebelum ini. - Foto Astro AWANI
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
PRU15: Pas pilih PN, keputusan sudah dijangka - Ismail Sabri
Keputusan Pas untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sudah dijangka lebih awal.