BERA: Calon Parlimen P.090 Bera, Abas Awang, 71, dari Pakatan Harapan (PH) menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin di kawasan itu meskipun saingannya merupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, pengalaman dalam pentadbiran dijangka memberi kelebihan buatnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
"Pertama, kita serah kepada rakyat untuk beri mandat dan kita pun ada nama besar di belakang kita iaitu Datuk Seri Anwar... kalau menang Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermakna Perdana Menterinya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dengan rangkaian begitu saya fikir tiada masalah untuk melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya.
Dari sudut pendidikan pula ujarnya, pengalaman menjadi pengarah di peringkat negeri serta maktab perguruan menjadi kekuatan bagi dirinya berbanding lawan.
"Saya pun ada pengalaman dalam pentadbiran, pernah jadi pengetua di lima buah sekolah, pernah jadi pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, dan juga Pengarah Maktab Perguruan.
"Jadi dengan pengalaman begitu apabila diberi mandat saya fikir tak ada masalah kalau tengok rekod-rekod bertugas saya sentiasa cemerlang.
"Saya fikir dari segi tugas dan peranan saya bila diberi mandat, saya fikir itu tugas yang boleh saya laksanakan dengan baik," katanya lagi.
Abas bakal berdepan saingannya Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, serta Datuk Asmawi Harun daripada Perikatan Nasional (PN).
Sehingga 9 Oktober lalu, seramai 77,669 pemilih layak mengundi di Parlimen Bera pada PRU15.
Ia melibatkan 73,860 pengundi biasa, 3,521 anggota tentera dan pasangan, 279 anggota polis dan pasangan dan sembilan pengundi luar negara.
Fareez Azman
Sat Nov 05 2022
Abas berkata, pengalaman dalam pentadbiran dijangka memberi kelebihan buatnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. - Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
PRU15: Ismail Sabri dan isteri selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di Bera pada Sabtu.
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: "Saya mahu ubah sektor pendidikan peringkat nasional sekiranya diberi mandat" - Abas
Pelbagai pembaharuan termasuk silibus pembelajaran di sekolah perlu ditambah baik seperti negara-negara maju, kata calon PH Parlimen Bera.
PRU15: Ismail Sabri selesai serah borang pencalonan
Perdana Menteri diringi pencadang, Datuk Mokhtar Mohd dan Muhamad Anib Sardi sebagai penyokong.
PRU15: "Saya terbuka berdepan mana-mana calon di Bera" - Ismail Sabri
Kata Perdana Menteri, sepanjang bertanding di Bera, tidak sekali pun beliau pernah menang tanpa ada pertandingan.
Ribuan Keluarga Malaysia meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PM di Parlimen Bera
Ribuan hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Laman Kerayong, Bera.