GERGASI Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) memberi bayangan bersedia meninggalkan Parc des Princes selepas Majlis Bandaraya Paris (MBP) mengesahkan stadium itu tidak akan dijual, kata presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi pada Khamis.
“Terlalu mudah untuk mengatakan sekarang bahawa stadium tersebut tidak lagi untuk dijual.
“Kami tahu apa yang kami mahu di Paris, kami membuang masa bertahun-tahun untuk mencuba dan membelinya.
“Lebih mudah untuk kami sekarang, kami tahu apa yang kelab ini mahu. Ia sudah berakhir untuk kami. Kami mahu keluar dari Parc,” kata Al-Khelaifi kepada pemberita di Kongres Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Pada tahun lalu, PSG berkata akan mencari alternatif selepas Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memaklumkan stadium itu bukan untuk dijual yang akhirnya disahkan MBP pada Rabu.
“Jualan yang tidak diinginkan, keputusan tanpa berpatah balik...Itulah sebabnya kami perlu menolak penjualan Parc hari ini.
“Kami tidak mahu menjual warisan Paris,” tegas Timbalan Datuk Bandar Paris untuk sukan, Pierre Rabadan.
Sebagai rekod, Parc des Princes telah menjadi rumah kepada PSG sejak 1974, empat tahun selepas kelab itu ditubuhkan.
INFO
Parc des Princes merupakan sebuah stadium bola sepak di Paris, berdekatan dengan Stade Jean-Bouin dan Stade Roland Garros.
Stadium berkapasiti 47,929 tempat duduk menjadi gelanggang kepada PSG sejak 1974.
Sebelum pembukaan Stade de France pada 1998, stadium ini juga merupakan gelanggang rasmi kepada pasukan bola sepak dan pasukan ragbi kebangsaan Perancis.
Parc des Princes dikelilingi tempat duduk berbumbung di empat sisinya, yang dikenali Tribune Borelli, Tribune Auteuil, Tribune Paris, dan Tribune Boulogne. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Stadium Parc des Princes di Paris, 11 Julai 2023. - Gambar fail AP
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
PSG masih hutang Mbappe gaji bulan Februari
Mbappe mendakwa bahawa bekas majikannya, Paris Saint-Germain (PSG), masih belum melunaskan gaji serta bonus bulan April sejak Februari lalu.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
Lyon bantu PSG sahkan gelaran Ligue 1
Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Lyon mengatasi Monaco 3-2.
Mbappe bakal cetus masalah kepada Real Madrid
Gergasi LaLiga itu berharap dapat memuktamadkan perjanjian dengan Mbappe tidak lama lagi.
Mbappe gagal beri PSG impak di Paris
Reims terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marshall Munetsi menyudahkan umpanan Oumar Diakite pada minit keenam.
UCL: PSG tak jamin turunkan Kylian Mbappe
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, enggan menawarkan Kylian Mbappe jaminan tentang minit permainan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
UCL: Kylian Mbappe bantu PSG dahului Real Sociedad
Mbappe meletakkan pasukan juara Ligue 1 itu di depan dengan menyudahkan umpanan Marquinhos susulan sepakan penjuru Osmane Dembele.