GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan pembayaran pertama berjumlah RM500 sebagai sagu hati kepada nelayan di bawah pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR).
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).
"Pembayaran RM500 ini akan dijalankan secara berkelompok atau berkumpulan berdasarkan tarikh pendaftaran dibuat. Ini bermakna mereka yang mendaftarkan diri lebih awal akan mendapat bayaran dahulu," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata senarai nama nelayan yang berdaftar itu juga telah disemak oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.
Ahmad Zakiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Nelayan Pulau Pinang, berkata kumpulan pertama akan menerima bayaran pada Rabu ini manakala kumpulan kedua dan seterusnya menerima bayaran masing-masing pada 5, 10 serta 12 Mac depan.
"Jumlah keseluruhan nelayan (tekong dan awak-awak) yang akan menerima manfaat SIMP ialah 1,615 orang berdasarkan rekod LKIM," katanya.
Pelaksanaan PSR seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas dan ia dibina bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang bernilai RM46 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Ahmad Zakiyuddin berkata bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan PPSN. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Polis sahkan kejadian lelaki terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Kadar kes positif COVID-19 kembali melonjak

Rasuah | Didik bakal pemberi maklumat, boleh jadi jenayah jika silap langkah
Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya.

Kompaun RM1,500 pelajar matrikulasi dikurangkan
Jabatan Kesihatan Perak telah mengurangkan kompaun yang dikenakan kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini, ekoran rayuan yang mereka kemukakan.

COVID-19: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.

Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.

"Mahathir pernah berhasrat pecat Yeo Bee Yin" - Lim Kit Siang
Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang.

Masjid di Gombak mohon maaf laung azan Maghrib terawal tiga minit, puasa terbatal
Kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Perubahan iklim gesa kepada transformasi perniagaan bagi bank - Moody's
Peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.

'Trend kepimpinan akan berubah, pertukaran generasi perlu dibuat secara tersusun'
Peralihan itu akan mengubah semua prinsip berkaitan jenama, impak dan masyarakat.

Peminat serbu wad Siti Nurhaliza, netizen persoal SOP hospital
Semua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya sudah melakukan ujian saringan.

Thailand buat persediaan terima rakyatnya pulang dari Malaysia
Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi keselamatan di bahagian selatan untuk membantu rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia untuk pulang ke negara itu.

Laporan pemain muda berkelana di Jerman akan dipenjara tidak tepat
Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Muhammad Diniz, akan dihadapkan ke mahkamah di Jerman dalam masa terdekat.

COVID-19: Semua pihak perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan - MB Selangor
Selangor sentiasa berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan melakukan saringan serta memantau kawasan panas.

Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar
Dakwa Anwar, tindakan secara serius seolah-olah tidak diambil pihak kementerian yang bertanggungjawab meskipun perkara itu amat membimbangkan.

Vaksin COVID-19: Anwar dakwa kawalan kerajaan jadi punca kadar imunisasi rendah
kerajaan PN terlalu memikirkan cara untuk mengawal keseluruhan proses sehingga mengakibatkan kelengahan yang tidak sepatutnya.

Jepun tuntut pembebasan wartawan ditahan di Myanmar
Katsunobu Kato meminta pihak berkuasa Myanmar memberi penjelasan berkenaan penangkapan Yuki Kitazumi dan meminta pembebasan segera.

Kerajaan tidak ambil peluang lakukan perubahan ketika darurat - Pakar ekonomi
Darurat tak semestinya buruk jika pihak pemerintah ada pakar yang baik.

Darurat selepas PKP 2.0, ibarat jatuh ditimpa tangga - Prof Jomo
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula membawa kepada kemudaratan ekonomi yang dialami negara ketika ini, kata Profesor Emeritus Jomo Kwame Sundaram.