Kerajaan dilihat perlu menjadikan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebagai platform mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan awam negara.
Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang menerima pelbagai reaksi dilihat hasil ketidakpuasan dan kekecewaan terhadap keputusan yang diterima.
"Pelbagai reaksi termasuklah daripada pelajar dan guru yang menyifatkan pelaksanaan pertama PT3 sebagai suatu yang mencabar buat mereka. Apatah lagi ramai pelajar mula memuat naik keputusan mereka di Twitter dan Facebook di media sosial yang mendapat perhatian orang ramai.
"Terdapat juga ibu bapa yang meluahkan bahawa pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Irmohizam mengulas prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan dalam PT3 yang dikesan berpunca daripada kekurangan tempoh masa untuk guru dan pelajar membuat persediaan secukupnya.
Bagaimanapun kata Irmohizam, biarpun ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, ia tidak boleh dibandingkan dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Pembelajarannya yang berbeza dan format kedua-dua peperiksaan juga jauh berbeza dimana PT3 menguji pelajar berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)," jelasnya.
Irmohizam turut mencadangkan kerajaan untuk melakukan 'post mortem' dan melihat kekurangan PT3 yang boleh ditambah baik pada masa hadapan.
"Setelah mengambil kira pandangan semua pihak khususnya, pelajar, ibu bapa, dan guru-guru, saya ingin mengesyorkan kepada pihak Kerajaan supaya mengadakan pemeriksaan semula atau ‘post-mortem’ terhadap keputusan PT3 baru-baru.
"Hasil keputusan itu bolehlah diambil kira untuk tindakan penambahbaikan proaktif yang sewajarnya," katanya.
Dalam pada itu jelasnya, ibu bapa juga perlu menilai semula lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang sudah dibentang sebelum ini sebagai aspirasi kecemerlangan pendidikan negara.
"Ia termasuk akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan, dan inilah yang perlu dicapai oleh pelajar dan perubahan sistem pendidikan negara.
"Semuanya berteraskan kepada kemampuan pelajar itu sendiri dalam menguasai proses pendidikan yakni bersifat global, berdaya saing dan kompetetif," ujarnya.
Seramai 453,413 calon di yang telah menduduki ujian PT3 di 2,608 pusat peperiksaan pada Oktober dan menerima keputusan mereka pada Isnin.
Astro Awani
Tue Dec 23 2014
IRMOHIZAM: Biarpun ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, ia tidak boleh dibandingkan dengan PMR.
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.