awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTL Abdul Rahman terima anugerah Beret Kehormat PASKAL

Bernama
Bernama
07/02/2024
00:45 MYT
PTL Abdul Rahman terima anugerah Beret Kehormat PASKAL
Abdul Rahman dianugerahkan Beret Kehormat Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam satu majlis di Kapal Diraja (KD) Panglima Garang, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dianugerahkan Beret Kehormat Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam satu majlis di Kapal Diraja (KD) Panglima Garang, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pada Selasa.
Penganugerahan itu sebagai mengiktiraf kepimpinan, sumbangan, jasa yang dicurahkan beliau dalam pembangunan keupayaan operasi dan latihan, infrastruktur, kelengkapan dan pembangunan organisasi PASKAL.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan, Abdul Rahman turut merasmikan tempat merempuh halangan dengan nama Rempuh Halangan ARBA 1989, yang dibina bertujuan meningkatkan fizikal dan mental anggota PASKAL ke tahap maksimum.
“Pembinaan rempuh halangan yang terdiri daripada 13 halangan dengan jarak litar sejauh 1.15 kilometer telah bermula pada September tahun lepas dengan kos keseluruhan berjumlah RM439,410.60.
“Rempuh halangan ini menekankan aspek kekuatan bahagian atas badan sinonim dengan tugas PASKAL yang memerlukan daya ketahanan tinggi dan mencabar. Fasiliti ini juga dapat meningkatkan lagi nilai tambah keupayaan khas dimiliki TLDM,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman turut diberi penghormatan untuk menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Ungu PASKAL kepada penuntut yang telah menamatkan Kursus Asas PASKAL Siri 73/23.
Kursus ini telah bermula pada 11 Sept 2023 dengan penyertaan 87 pelatih terdiri daripada seorang Pegawai TLDM, 77 Anggota Lain-Lain Pangkat TLDM dan sembilanAnggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
“Setelah melalui lima peringkat tahap latihan, hanya 17 pelatih yang terdiri daripada 14 anggota TLDM dan tiga anggota APMM sahaja yang berjaya melepasi ujian akhir kursus ini.
“Senario ini membuktikan PASKAL adalah pasukan yang mengutamakan kualiti dalam memastikan anggota adalah benar-benar layak untuk bergelar seorang anggota PASKAL sesuai dengan cogan kata 'Sentiasa Yang Terbaik' serta menjadi seorang daripada anggota pasukan elit terbaik dan menjadi kebanggaan TLDM,” menurut kenyatan itu.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan PTL dalam ucapannya telah menzahirkan penghargaan kepada warga Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut atas usaha serta iltizam dalam melahirkan anggota PASKAL berkemahiran tinggi dan disegani. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Panglima Tentera Laut
#Beret Kehormat Pasukan Khas Laut
#Abdul Rahman Ayob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan