awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
13/02/2025
07:47 MYT
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Steven Sim (tengah) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada Muhamad Haziq Hanif Md Noor (kanan) pada Majlis Peluncuran Kempen Promosi Bayaran Balik Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) 2025 hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam untuk tahun ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, oleh itu, pihaknya serta PTPK meletak sasaran sebanyak RM450 juta kutipan bayar balik pada tahun ini.
“Sejak penubuhan PTPK, sejak 25 tahun, PTPK telah memberikan pinjaman bernilai RM5.2 bilion, memanfaatkan lebih 400,000 peminjam yang rata-rata terdiri daripada generasi muda.
“Pada tahun lepas, PTPK telah memberi pinjaman sebanyak RM521.12 juta.
“Tahun ini kita mensasarkan sekurang-kurangnya pinjaman sebanyak RM500 juta untuk memberi manfaat kepada sekurang-kurang 20,000 orang, peminjam rakyat Malaysia,” jelasnya.
Beliau berkata demikan semasa pelancara Kempen Promosi Bayaran Balik 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama beliau juga berharap, dengan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat memenuhi golongan rentan yang mempunyai pendapatan rendah.
“Kita juga tidak harus lupakan juga ada juga golongan masyarakat yang masih belum mencapai tahap pencapaian yang memuaskan.
“Kita harus memenuhi keperluan golongan rentan tersebut,“ tambahnya lagi.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof; Pengerusi PTPK, Zahir Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha Dasar & Antarabangsa KESUMA, Datuk Norison; dan Ketua Eksekutif PTPK, Mohd Fathullah Mustafa.
Topic Berkaitan
#KESUMA
#Steven Sim
#PTPK
#Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan