KUCHING: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima bayaran berjumlah RM90.42 juta daripada kerajaan Sarawak setakat ini, untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang peminjam PTPTN dalam kalangan anak negeri itu.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, jumlah itu diperoleh sejak PTPTN dan Yayasan Sarawak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak pada 5 Mac 2021.
"Pada hari ini, Yayasan Sarawak sekali lagi menyalurkan peruntukan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN kepada anak-anak Sarawak berjumlah RM12.43 juta dan dianggarkan sebanyak 3,000 peminjam yang layak akan menerima insentif itu.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM90.42 juta yang memberi manfaat kepada lebih 25,000 peminjam PTPTN dalam kalangan anak Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan majlis penyerahan cek bagi bayaran terbaharu di bawah insentif berkenaan daripada Yayasan Sarawak bagi baki hutang peminjam PTPTN dari negeri itu yang diadakan di Menara PTPTN Kuala Lumpur.
Replika cek telah diserahkan Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Sarawak, Louis Simon Peter kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
"Pelaksanaan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN kepada anak Sarawak merupakan kesinambungan inisiatif Belanjawan Negeri Sarawak 2020," menurut kenyataan itu.
Hal ini disusuli satu memorandum persefahaman antara PTPTN dengan Yayasan Sarawak pada 5 Mac 2021 kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.
Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN terkini bagi peminjam yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang pinjaman mereka.
"PTPTN berharap agar pemberian insentif bayaran balik pinjaman kepada anak Sarawak diteruskan lagi pada masa akan datang bagi manfaat anak Sarawak, sekali gus membantu merealisasikan impian generasi akan datang dalam pendidikan tinggi," kata Norliza. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Jumlah itu diperoleh sejak PTPTN dan Yayasan Sarawak memeterai MoU bagi kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak pada 5 Mac 2021.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.