KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang melaksanakan penjenamaan dan transformasi menyeluruh secara berperingkat bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap tabung pendidikan itu di bawah Pelan Strategik PTPTN 2021-2025.
Pengerusinya Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ini termasuk memperkenalkan visi dan misi serta moto baharu iaitu 'Peluang Kejayaan Anda', selari hasrat PTPTN untuk menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara yang terunggul.
"PTPTN juga melaksanakan penjenamaan dalaman untuk melahirkan kakitangan yang berdedikasi dan bermotivasi dalam memberikan perkhidmatan serta sentiasa berbangga dengan jenama kita sendiri.
"Setelah 24 tahun kewujudan, telah tiba masanya, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara... dengan komunikasi yang berkesan, persepsi negatif segelintir masyarakat tentang PTPTN akan dapat ditangani," katanya ketika pelancaran pelan strategik itu secara maya hari ini.
Beliau berkata, selari dengan peredaran masa, kemajuan teknologi dan perubahan iklim ekonomi, PTPTN perlu melakukan tranformasi agar terus kekal relevan dan berdaya saing dalam memperkasa sektor pendidikan dan memenuhi keperluan masyarakat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.
Katanya, di bawah pelan tersebut, lima teras strategi utama dirangka iaitu menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama dalam negara selain memperkasakan pengurusan pinjaman pendidikan sebagai pengurus pinjaman pendidikan utama dan unggul.
Selain itu, menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman dengan lebih efektif, melaksanakan strategi pendanaan dan pelaburan mendatangkan pulangan optimum serta memperkasakan organisasi yang lebih dinamik dan cemerlang.
"Lima teras strategik ini menterjemah aspirasi PTPTN dalam memastikan dana pinjaman dan simpanan dapat diurus secara efektif melalui tadbir urus yang cemerlang dan berintergriti, sekaligus membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang mendapat akses pendidikan yang berkualiti.
"Saya yakin dengan garis panduan yang jelas dan misi penjenamaan yang dibawa dalam pelan strategik ini, PTPTN akan melakar kejayaan sebagai institusi penabungan dan pengurus utama dana bagi tujuan pendidikan tinggi menjelang 2025 dan bangkit menjadi sebuah organisasi yang dibangga dan disegani masyarakat," katanya.
Beliau berkata pelan strategik itu turut menumpukan kepada usaha memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pengubahsuaian imej, budaya dan proses kerja dengan pelaksanaan penjenamaan dan pendigitalan PTPTN.
Wan Saiful berkata, bagi memastikan pengurusan data secara lebih sistematik, PTPTN akan memperkasakan Pengurusan Maklumat PTPTN melalui Rangka Kerja Artificial Intelligence (AI) dalam menganalisa data serta meningkatkan keupayaan aplikasi dan perkakasan ICT dengan penggunaan teknologi terkini.
Sementara itu, beliau berkata sejak ditubuhkan pada 1997, PTPTN telah membantu lebih 3.51 juta pelajar dengan jumlah pinjaman dikeluarkan sebanyak RM63.82 bilion bagi memenuhi impian pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
"Bagi peminjam yang kurang berkemampuan, PTPTN sentiasa mengalu-alukan kerjasama peminjam untuk berunding bagi penstrukturan semula pinjaman supaya mereka dapat menikmati ansuran bulanan mengikut kemampuan," katanya.
Tambahnya, hingga 31 Mei lepas juga, PTPTN mencatatkan kutipan deposit tabungan SSPN yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM8.99 bilion dengan lebih 4.98 juta akaun direkodkan.
"PTPTN akan terus mempergiat pelbagai promosi dan kempen untuk mendidik masyarakat agar memulakan simpanan anak-anak seawal usia sehari, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan mereka kepada pinjaman pendidikan dalam jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
PTPTN juga melaksanakan penjenamaan dalaman untuk melahirkan kakitangan yang berdedikasi dan bermotivasi dalam memberikan perkhidmatan serta sentiasa berbangga dengan jenama. - Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.
Dividen simpan SSPN 2023 dijangka meningkat - PTPTN
PTPTN menjangkakan pemberian kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat.
Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.