KUALA LUMPUR:Penceramah selebriti, PU Riz yang namanya dikaitkan dalam kontroversi melibatkan selebriti dan usahawan Neelofa yang memilih untuk berdiam diri sejak beberapa hari lalu ‘bersuara’ di media sosial.
Sekalipun tidak memberikan kenyataan yang jelas mengenai kemelut dalam hubungannya dengan artis berpengaruh itu, namun, perkongsian sebaris ayat al-Quran dalam hantaran di InstaStorynya menarik perhatian ramai.
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, memuat naik sekeping gambar berserta sepotong ayat dalam bahasa Arab yang bermaksud sentiasa yakin dengan setiap perkara yang Allah telah aturkan.
“And know that Allah SWT will resolve everything in the end, in a way you would never imagine (ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segalanya satu hari nanti, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan),” tulis penceramah tampan itu lagi.
Perkongsian pertama PU Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu bagaimanapun masih dianggap ‘tergantung’ kerana tiada kenyataan susulan yang dibuat.
Sementara itu, sumber Astro AWANI berkata, PU Riz telah membatalkan kesemua undangan bagi menjayakan program televisyen.
“PU Riz sudah membatalkan semua rakaman program TV sepanjang bulan Januari. Beliau tidak dapat dihubungi,” kata sumber berkenaan.
Neelofa akui sukar untuk fahami apa yang sebenarnya berlaku
Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan kenyataan daripada bekas peserta program Pencetus Ummah itu juga tidak berjaya.
Sejak dua hari lalu, kami menghubungi telefon bimbitnya selain meninggalkan pesanan di aplikasi WhatsApp serta di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 589,000 pengikutnya.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diperoleh daripadanya.
Pada Ahad, Neelofa mengeluarkan kenyataan media menafikan segala dakwaan tidak berasas yang dilemparkan ke atas dia dan PU Riz.
Neelofa menegaskan, keluarga dia dan PU Riz kini dalam proses membincangkan mengenai masa depan mereka berdua.
BACA: Neelofa nafi sudah bernikah, keluarga bincang soal hubungan dengan PU Riz
BACA: "Terkena minyak pengasih tuduhan berat" - Neelofa
BACA: Neelofa nafi pindah wang, belum ada sebarang ikatan dengan PU Riz
Jelitawan berusia 31 tahun itu juga menafikan dakwaan terkena buatan minyak pengasih selain menyelar pihak-pihak yang membuat tuduhan dia memindahkan sejumlah wang yang besar jumlahnya pasa PU Riz.
Astro AWANI pada 1 November lalu melaporkan, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan majlis merisik.
Kedua-dua mereka difahamkan sudah merancang untuk berkahwin sekitar Mac 2021.
BACA: Sah Neelofa dirisik PU Riz
BACA:
"Saat yang ditunggu sudah pun tiba..." - Ibu bersyukur Neelofa sudah disunting
Astro Awani
Mon Dec 28 2020
![PU Riz 'bersuara', batal rakaman program TV sepanjang Januari PU Riz 'bersuara', batal rakaman program TV sepanjang Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609146853_hrisbismail.jpg)
PU Riz difahamkan telah membatalkankesemua undangan bagi menjayakan program televisyen sepanjang Januari 2021. - Gambar Instagram PU Riz
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
!['Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa 'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707623283_bpulangtahun.jpg)
'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
![Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695349214_neelofa.jpg)
Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.
![Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal' Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689908372_AnakNeelofa.jpg)
Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
![Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas - Neelofa umum nama anak kedua Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas - Neelofa umum nama anak kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689669332_neelofa.jpg)
"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.
![Neelofa selamat lahirkan anak kedua Neelofa selamat lahirkan anak kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689232803_TBNeelofa.jpg)
Neelofa selamat lahirkan anak kedua
Pengacara dan usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan putera keduanya, Selasa lalu.
![Disangka sudah bersalin anak kedua, Neelofa tampil beri penjelasan Disangka sudah bersalin anak kedua, Neelofa tampil beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51688119216_neelofa.jpg)
Disangka sudah bersalin anak kedua, Neelofa tampil beri penjelasan
Spekulasi mengenai Neelofa dikatakan masuk hospital baru-baru ini disebabkan bakal melahirkan anak keduanya akhirnya terjawab.
!['Doakan, insya-Allah' - Bakal bersalin bila-bila masa, PU Riz maklum Neelofa dah masuk wad 'Doakan, insya-Allah' - Bakal bersalin bila-bila masa, PU Riz maklum Neelofa dah masuk wad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51688119216_neelofa.jpg)
'Doakan, insya-Allah' - Bakal bersalin bila-bila masa, PU Riz maklum Neelofa dah masuk wad
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan berita itu ketika sedang mengendalikan sebuah program.
!['Rambut perang, kulit macam mat salih' - Peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal 'Rambut perang, kulit macam mat salih' - Peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658890356_BilalAnakNeelofa.jpg)
'Rambut perang, kulit macam mat salih' - Peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal
Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.
![Kita tak perasan pun - Terima duit raya RM14,000, Neelofa anggap rezeki Bilal Kita tak perasan pun - Terima duit raya RM14,000, Neelofa anggap rezeki Bilal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652242101_AnakNeelofa.jpg)
"Kita tak perasan pun" - Terima duit raya RM14,000, Neelofa anggap rezeki Bilal
Selebriti terkenal Neelofa akui tidak menyangka duit raya putera sulungnya, Bilal boleh mencecah sehingga RM14,000.
!['Aduhai Berketak-Ketak' - Usia nak masuk 3 bulan, anak Neelofa dah nak pandai meniarap! 'Aduhai Berketak-Ketak' - Usia nak masuk 3 bulan, anak Neelofa dah nak pandai meniarap!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650335026_AnakNeelofaDahNak.jpg)
'Aduhai Berketak-Ketak' - Usia nak masuk 3 bulan, anak Neelofa dah nak pandai meniarap!
Melalui Insta Story Neelofa, usahawan itu memuat naik video Bilal yang kini sudah hampir pandai meniarap.