Satu fenomena yang sangat membimbangkan mutakhir ini apabila membaca laporan berita bahawa golongan muda begitu mudah terjebak ke dalam perangkap kumpulan militan IS.
Bukan sahaja lelaki, IS begitu licik menyasarkan wanita bahkan kalangan remaja dan penuntut institusi pengajian tinggi, yang merupakan pengguna tegar Internet dan media sosial.
Dalam era teknologi dan komunikasi maklumat ini, propaganda dan ideologi kumpulan militan IS mudah meresapi dan membangkitkan semangat ingin berjihad di kalangan anak muda.
Ibarat magnet yang menarik generasi muda kononnya untuk memperjuangkan agama, di atas nama jihad, kumpulan militan ini menggunakan media sosial untuk merekrut anggotanya dari seluruh pelosok dunia.
Pujukan halus
Pensyarah kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Dr Haslina Muhamad berkata 'pujukan halus' berlaku apabila golongan remaja ini dijanjikan dengan ganjaran 'pahala' atau 'syurga' jika mereka menyertai kumpulan yang menggelar diri mereka IS atas dasar 'jihad'.
"Remaja menjadi sasaran kumpulan IS untuk menyebarkan fahaman mereka kerana pemikiran remaja tidak matang tambahan pula dalam dunia teknologi maya ini segala maklumat mudah diperoleh.
"Oleh sebab itu, kumpulan IS menggunakan medium media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mendekati remaja kerana pemikiran mereka yang cetek mengenai Islam. Golongan remaja ini mudah dipujuk dan menerima segala maklumat yang disampaikan," katanya kepada Bernama.
Pada Februari lepas, polis menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria. Remaja itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang ketika cuba meninggalkan negara ini untuk ke Mesir sebelum memasuki Syria.
Polis Diraja Malaysia turut mengenal pasti 500 akaun Facebook aktif menjalankan aktiviti mempromosi, merekrut serta cubaan untuk menarik rakyat Malaysia untuk berjuang di Syria.
Kawalan kendiri
Haslina berkata sikap taksub golongan remaja ingin berjuang atas nama Islam dan jihad berpunca apabila mereka tidak mempunyai kawalan kendiri iaitu keseimbangan untuk mengawal emosi daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Tidak dinafikan golongan remaja adalah individu yang sedang mencari identiti diri dan sikap ingin mencuba sesuatu perkara baharu yang dirasakan memberi kepuasan dalam hidup mereka.
"Memang ada golongan remaja senang dipengaruhi kerana mereka tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah goyang apabila ditaburkan dengan pelbagai maklumat. Oleh yang demikian, masyarakat harus memainkan peranan.
"Kita perlu mendidik masyarakat kita supaya tidak terus menghukum remaja yang terlibat dengan IS sebaliknya kita harus menggunakan pendekatan Islamik untuk mendekati semula jiwa mereka," katanya.
Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr Fadlan Mohd Othman berkata zaman remaja adalah suatu fasa yang kritikal dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.
"Remaja yang terlibat dengan IS ini diibaratkan seperti 'gelas kosong'. Kalau kita meletakkan sesuatu yang haram maka isinya menjadi haram, jika kita meletakkan sesuatu benda yang halal maka halal isinya. Maka, ibu bapa harus sentiasa peka dengan tingkah laku anak-anak mereka," katanya.
Fadlan, yang juga Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), berkata pengertian konsep jihad yang sebenar perlu difahami oleh golongan remaja supaya tidak terjebak dengan perjuangan jihad yang bertunjangkan emosi tanpa memahami konsep sebenar jihad yang diajar di dalam Islam.
Golongan profesional
Mengupas isu sama, Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), sebuah pertubuhan dakwah Islam di negara ini, berpendapat satu platform yang melibatkan golongan profesional dan para ilmuan Islam perlu diwujudkan bagi membantu kerajaan menangani konflik dan isu IS.
Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) Zaid Kamaruddin berkata saluran ini boleh digunakan untuk mengenal pasti pengaruh IS yang wujud dalam negara ini dan berperanan sebagai tempat rujukan kepada ibu bapa bagi mendapatkan bantuan jika anak-anak mereka disyaki terlibat dengan IS.
"Seruan IS menarik minat remaja yang ingin menentang kezaliman dan keganasan atas dasar ingin membantu saudara seagama yang ditindas namun cara itu bertentangan dan salah daripada segi Islam," katanya.
Selain tindakan undang-undang terhadap golongan yang menyertai kumpulan militan IS, khidmat nasihat dan penjelasan mengenai IS perlu diberi dari semasa ke semasa bagi mengelakkan golongan remaja daripada tertipu dengan dakyah perjuangan IS.
Zaid berkata isu IS perlu ditangani dengan serius bagi mengelakkan ia daripada meracuni pemikiran golongan remaja di negara ini.
"Negara perlu sentiasa berwaspada kerana kita tidak tahu mungkin ada yang dalam diam menyokong IS dan cuba melakukan sesuatu maka tindakan tegas harus dilakukan untuk mengelakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi sasaran IS," katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kira-kira 100 rakyat Malaysia disahkan ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS sehingga kini. Angka itu, katanya tidak termasuk 61 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Syria dan Iraq serta 10 orang yang telah terbunuh.
Bernama
Tue Mar 17 2015
Bukan sahaja lelaki, IS begitu licik menyasarkan wanita bahkan kalangan remaja dan penuntut institusi pengajian tinggi, yang merupakan pengguna tegar Internet dan media sosial. - Gambar fail
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Pujukan halus di media sosial tarik minat remaja sertai IS - Penganalisis
Satu fenomena yang sangat membimbangkan mutakhir ini apabila membaca laporan berita bahawa golongan muda begitu mudah terjebak ke dalam perangkap kumpulan militan IS.