SUBANG JAYA: Seorang wanita warga asing disyaki dipukul suaminya kerana berselisih faham berhubung isu perniagaan kuih samosa di sebuah rumah di sini pada 13 April lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 3.15 petang, suspek yang juga warga asing berusia 28 tahun itu turut memburukan nama keluarga isterinya.
"Suspek cuba membaling senduk kayu ke arah isterinya ketika mangsa berusia 30 tahun itu mahu ke bilik, namun tidak kena.
"Apabila mangsa berada di bilik di tingkat atas kediaman terbabit, suspek telah bertindak menarik tangan dan mengheret isterinya turun ke bawah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Abd Khalid berkata, ketika pasangan itu berada di hadapan pintu rumah, suspek telah mengambil kad pengeluaran tunai sebuah bank milik mangsa.
"Kemudian berlaku pergelutan antara pasangan itu, suspek telah menolak dan menumbuk perut isterinya sehingga terduduk," katanya.
Menurutnya, adik lelaki mangsa yang berusia 19 tahun telah menolong mengangkat kakaknya.
"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk keselamatan diri," katanya.
Abd Khalid berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya telah menahan lelaki terbabit pada jam 1 petang, Rabu.
"Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.
Berita asal: Pukul isteri kerana selisih faham isu perniagaan
Sinar Harian
Thu Apr 22 2021
Seorang wanita warga asing disyaki dipukul suaminya kerana berselisih faham berhubung isu perniagaan kuih samosa di sebuah rumah di sini pada 13 April lalu. -Gambar hiasan
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pukul isteri kerana selisih faham isu perniagaan
Dalam kejadian pada jam 3.15 petang, suspek yang juga warga asing berusia 28 tahun itu turut memburukan nama keluarga isterinya.