KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman melibatkan seorang wanita warga asing yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan tiga hari lagi.
Lanjutan reman itu adalah bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki autistik di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata reman terhadap suspek berusia 51 tahun yang juga pengurus pusat asuhan itu akan berakhir 8 Oktober ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.
Semalam, lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan kes dera berkenaan selepas suspek ditahan pada Sabtu lalu.
BACA: Pengurus pusat asuhan diberkas disyaki pukul kanak-kanak autisme
Mangsa kanak-kanak berusia enam tahun dihantar ke pusat asuhan itu oleh bapanya, seorang pengurus kargo berusia 36 tahun pada jam 8.45 pagi, Jumaat lalu.
Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu pada jam 12.45 tengah hari berkenaan ketika mengambil mangsa dan ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya.
Seorang guru di situ memaklumkan kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa itu didakwa berlaku akibat tindakan mangsa menghantukkan kepala pada meja atas alasan tidak mahu makan.
Bapa mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati suspek bertindak kasar dengan mangsa apabila mangsa mengelak untuk makan.
Astro Awani
Tue Oct 05 2021
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata reman terhadap suspek berusia 51 tahun yang juga pengurus pusat asuhan itu akan berakhir 8 Oktober ini. - Gambar fail/Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba
Daripada sejumlah 4.7 juta OKU di dalam negara, hanya kira-kira 560,000 sahaja yang berdaftar.
Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.
Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.
Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal
Hannah Yeoh memaklumkan, SOP itu kelak bertujuan untuk memastikan nasib anak-anak autisme ini terbela.
Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego
Replika kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.
Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down
Katanya, tiada syarikat atau agensi insurans yang sanggup menyediakan insurans khusus kepada anak-anak sindrom Down.
Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira
Lukisan Muhammad Amsyar Anas itu dihasilkan dalam bentuk thumbnail dan dilukis pada buku kosong yang memaparkan karakter adi wira kegemarannya dari tahun 1966 sehingga kini.
Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme
Melihat anak lelakinya lain daripada kanak-kanak biasa, Mazlina Ismail mula sedar ada sesuatu yang tidak kena.