awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulang atau tidak, semuanya bergantung kepada Aishah - Kakak

Hakim Rahman
Hakim Rahman
01/12/2013
02:41 MYT
Pulang atau tidak, semuanya bergantung kepada Aishah - Kakak
Keputusan sama ada Siti Aishah Abdul Wahab akan pulang ke Malaysia atau terus tinggal di London selepas selesai siasatan berhubung kes perhambaannya, bergantung kepada dirinya sendiri.
Menurut kakaknya, Kamarmahtum Abdul Wahab, perjumpaan yang dilakukannya di London baru-baru ini merupakan usaha terakhir memujuk Aishah pulang.
Jelasnya walaupun Aishah menyatakan keinginan untuk pulang selepas segalanya selesai, namun dia berkata masih mempunyai kerja yang perlu diselesaikan di London.
"Dia (Aishah) kata dia anggap dirinya sangat diperlukan di sana, jika pulang ke Malaysia hanya keluarga saja yang merinduinya,"
"Saya juga tidak akan (memujuknya) untuk pulang, pada awalnya saya fikir dia sudah meninggal tapi sekarang ni dia sudah sihat dan menghayati apa yang kami rasa," katanya ketika ditemui sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kamarmahtum tiba kira-kira jam 7.40 pagi bersama bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais menaiki pesawat Penerbangan Malaysia dari Heathrow, London.
Bagaimanapun, dalam nota kecil yang ditulis Aishah kepada ahli keluarganya, dia menyatakan keinginan untuk pulang dalam masa terdekat.
"Kepada semua di rumah, saya sangat gembira dan telah berjumpa Kak Mok hari ini. Saya sihat dan berharap untuk berjumpa anda semua suatu masa nanti dalam masa terdekat," kata Aishah dalam nota bertarikh 28 November.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti Aishah, Kamarmahtum berkata: "Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu".
Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United Kingdom.
Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist dan kegiatan politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.
Topic Berkaitan
#Kamarmahtum Abdul Wahab
#London
#perhambaan
#Sti Aishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan