awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan

Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS

Bernama
Bernama
21/09/2024
12:53 MYT
Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat terutama di Kota Setar. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Pulang daripada bercuti dan fenomena air pasang adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, kata Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Aminurrahim Mohamed.
Beliau berkata walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat terutama di daerah Kota Setar.
"Kedah merupakan antara negeri yang paling teruk dilanda banjir dengan jumlah mangsa yang tinggi iaitu hampir 8,000 orang dan kita melihat situasi kali ini sedikit berbeza... kemungkinan disebabkan oleh penduduk yang baharu pulang ke rumah selepas bercuti sempena musim cuti sekolah.
"Apabila pulang, didapati rumah mereka turut dinaiki air dan sebab itu, mereka pergi mendaftar di PPS yang telah dibuka... sebab itu, peningkatan jumlah mangsa banjir agak ketara," katanya ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Chegar, Anak Bukit di sini hari ini.
Beliau berkata fenomena air pasang turut menyumbang kepada bencana banjir di Kedah.
"Banjir termenung yang berlaku menyebabkan air lambat surut dan mangsa tidak dapat pulang ke rumah masing-masing... tetapi situasi semasa nampak semakin baik dan ada penduduk yang ditemui memaklumkan paras air semakin berkurangan," katanya.
Mengenai ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung fasa peralihan monsun yang dijangka bermula Selasa ini dan berterusan hingga awal November depan, Aminurrahim berkata pihaknya sentiasa dalam keadaan siap siaga.
"Kalau dilihat jumlah pokok tumbang di Kedah menunjukkan peningkatan dan bagi bulan September, jumlah setakat ini ialah sebanyak 1,930 berbanding 1,047 pada Ogos dan 1,053 pada Julai.
"Kita faham apabila berlaku peralihan monsun ini, akan ada angin yang kuat dan ia boleh menjejaskan struktur-struktur yang lemah termasuk pokok-pokok di mana tanahnya sudah longgar, tidak lagi kuat serta boleh menyebabkan ia tumbang," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah meninjau lokasi berisiko terutama dan menasihati penduduk serta orang ramai agar membaiki mana-mana struktur yang tidak kukuh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#cuti sekolah
#air pasang
#PPS
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.