awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing

Bernama
Bernama
05/02/2026
13:00 MYT
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Christopher berkata dengan tertangkapnya dua suspek berkenaan, polis percaya telah berjaya menyelesaikan satu kes samun yang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Polis menahan dua beranak selepas disyaki terlibat kes menyamar anggota polis dan menyamun wang tunai berjumlah RM720 milik seorang lelaki warga Bangladesh di sini Ahad lepas.

Ringkasan AI
  • Polis menahan dua beranak berusia 51 dan 25 tahun atas kes menyamar sebagai polis dan menyamun wang tunai RM720 milik warga Bangladesh di Melaka.
  • Suspek-suspek tersebut ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis, menghampiri mangsa yang sedang mengayuh basikal, dan melarikan wang tunai dari beg sandang mangsa.
  • Dua suspek itu telah diuji saringan air kencing, dengan suspek utama mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dengan kesalahan rogol, samun, dan tipu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata bapa dan anak lelakinya, masing-masing berusia 51 dan 25 tahun ditahan di Kawasan Perindustrian Ringan Telok Mas dan di sebuah pondok di kawasan Masjid Al-Alami di Ayer Keroh di sini pada 1 dan 2 Feb lepas.
Beliau berkata tangkapan berkenaan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.
"Modus operandi suspek ialah menghampiri mangsa yang merupakan warganegara Bangladesh yang sedang mengayuh basikal sebelum mengarahkan mangsa berhenti dengan mendakwa mereka sebagai anggota polis.
"Suspek kemudian berpura-pura memeriksa beg sandang mangsa sebelum melarikan wang tunai yang disimpan dalam beg tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dan suspek utama, iaitu lelaki berusia 51 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan rogol, samun dan tipu manakala anaknya pula mempunyai satu rekod jenayah melibatkan kes menyamar sebagai polis dan samun.
Christopher berkata dengan tertangkapnya dua suspek berkenaan, polis percaya telah berjaya menyelesaikan satu kes samun yang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Katanya polis telah mendapatkan arahan pendakwaan terhadap suspek utama di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok dan mana-mana individu yang pernah mengalami kejadian seumpama itu diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#warga asing
#ujian saringan
#rekod jenayah lampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan