JOHOR BAHRU: Johor bersetuju untuk memberikan sokongan penuh tentang tindakan undang-undang di bawah 'tort of misfeasance' ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri juga mahu supaya perkara itu disegerakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa segera ke muka pengadilan.
Katanya berdasarkan dapatan daripada hasil siasatan itu kelak, Kerajaan Negeri juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab.
"Alhamdulillah, mesyuarat mingguan Jemaah Menteri pada 8 Oktober lalu bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa khas, antaranya bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes Pulau Batu Puteh.
"Johor amat mengalu-alukan dan menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri itu.
"Isu tuntutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura sememangnya amat dekat dengan Kerajaan dan rakyat Johor, sama ada dari segi sejarah mahupun kedudukannya kerana hampir dengan negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Pasukan petugas khas diwujudkan, semak semula kes Pulau Batu Puteh - PM
Jelas Hasni, kerajaan negeri akan memberi jaminan akan memberikan kerjasama dan membantu Kerajaan Persekutuan dalam usaha mendapatkan pelbagai dokumen dan pandangan yang diperlukan.
"Johor amat berharap jawatankuasa khas yang ditubuhkan ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan mendoakan semoga usaha tersebut dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan," katanya.
Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju agar pasukan petugas khas diwujudkan bagi semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.
Menerusi kenyataan Perdana Menteri pada Sabtu, penubuhan itu bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.
Pada 2018, kerajaan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Oct 10 2021
Jelas Hasni, berdasarkan dapatan daripada hasil siasatan itu kelak, Kerajaan Negeri juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab. - Foto BERNAMA
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,
Rayuan untuk kembalikan semula saman berhubung tuntutan Batu Puteh didengar pada 15 Nov
Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt.
Sultan Johor zahir murka isu Batu Puteh - Azalina
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menzahirkan rasa murka ekoran tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh (Pedra Branca).
Singapura sedia pertahankan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh - MFA
Singapura bersedia mempertahankan kedaulatannya ke atas Batu Puteh (Pedra Branca) dan akan menangani tindakan perundangan yang mungkin diambil Malaysia.
Kerajaan nyahklafikasi laporan Pasukan Petugas Khas buku Tommy Thomas - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah pembentangan laporan pasukan petugas khas tersebut.
Kes Batu Puteh: Kerajaan teliti, muktamad langkah demi kembalikan maruah negara
Kerajaan telah meneliti dan memuktamadkan beberapa langkah yang akan dilaksanakan demi mengembalikan maruah serta kedaulatan negara berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.
Kes Batu Puteh: Tun M sedia maklum kedudukan Apandi, wajar persoal lebih awal - Wan Junaidi
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi Ali sebagai Pengerusi PPK tanpa sebarang justifikasi.
Pulau Batu Puteh: Sultan Johor boleh beri kenyataan apa sahaja, itu hak baginda - Tun Mahathir
Jelasnya baginda mempunyai hak untuk menyatakan sebarang pandangan berkenaan isu tersebut.