GEORGE TOWN: Pulau Pinang mengarahkan semua operasi tapak perkhemahan di negeri itu ditutup sementara bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini susulan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali di Selangor.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan itu diambil susulan arahan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming agar semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta.
"Kami minta semua pemilik tapak perkhemahan di Pulau Pinang sama ada yang berdaftar atau tidak dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menutup sementara atas faktor keselamatan dan arahan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Memang banyak di seluruh negara pelanggaran undang-undang kerana memulakan operasi tanpa kelulusan dalam apa jenis kegiatan termasuk tapak perkhemahan juga namun kategori ini (tapak perkhemahan) tidak dikesan banyak berlaku di Pulau Pinang, ada satu dua sahaja jadi mereka juga perlu patuh untuk menutup operasi,'' katanya kepada pemberita malam tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Penang 2nd Bridge PDRM 2022 Solidariti Fun Ride di Dataran Queensbay, pelepasan acara itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Lebih 3,000 peserta menyertai kayuhan sejauh 73 kilometer (KM) membabitkan laluan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di kedua-dua hala dan jalan sekitarnya.
Kayuhan berkonsepkan 'Fun Ride' antara anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat ini bertujuan merapatkan lagi ukhwah selari dengan tema 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
Sementara itu, mengulas lanjut, Chow berkata terdapat tapak perkhemahan dikenal pasti berisiko tinggi kerana terletak di kawasan cerun bukit iaitu Suling Hill, di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Taman Bandaraya, di Timur Laut telah diarahkan ditutup oleh PBT semalam.
Katanya selain itu, kerajaan negeri juga mempunyai garis panduan melibatkan pembangunan lereng bukit kerana Pulau Pinang pernah ditimpa bencana tanah runtuh melibatkan kehilangan nyawa.
''Sebarang pembangunan lereng bukit, sama ada membina kediaman atau apa juga pembangunan termasuk tapak perkhemahan tertakluk kepada garis panduan dan syarat-syarat ditetapkan,'' katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kawasan pelancongan di kawasan bukit seperti di Bukit Bendera, Chow yang juga Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera (PBBPP) berkata pemantauan di kawasan tersebut sentiasa dijalankan oleh pihak PBBPP.
"Kawasan Bukit Bendera memang ada berlaku tanah runtuh, boleh dikatakan berlaku beberapa kejadian setiap tahun dan pemantauan di jalankan oleh PBBPP, jika berlaku tanah runtuh ia akan dibaiki oleh mereka (PBBPP) kita juga ada satu tapak perkhemahan di banglo yang dimiliki kerajaan negeri di Bukit Bendera, ia juga diarahkan tutup sementara,'' katanya.
Sebelum ini, Nga mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta susulan ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari berikutan Monsun Timur Laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan itu diambil susulan arahan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. - Fail

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Tanah runtuh: Bangunan Akademi SPRM disah selamat diduduki
Bangunan MACA di Kuala Lumpur yang ditutup susulan kejadian tanah runtuh pada April disahkan selamat untuk diduduki.

Kawasan dilanda banjir di Itali masih dalam bahaya
Banyak bandar dan pekan kecil ditenggelami lumpur yang memaksa penduduk meninggalkan rumah.

Angka kematian akibat banjir di Itali meningkat kepada 14 orang
Jumlah kematian akibat banjir besar di utara Itali meningkat kepada 14 orang selepas mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di bandar Faenza pada Jumaat.

Bangunan kerajaan sentiasa dipantau elak risiko runtuhan - Nanta
Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini tiada angka spesifik bagi bangunan yang mempunyai masalah.

438 penduduk kampung maut akibat banjir, tanah runtuh di DR Congo
Kebanyakan mayat mangsa ditemukan di Bushushu dan Nyamukubi, dua kampung di wilayah Kivu Selatan yang terjejas teruk banjir akibat hujan lebat.

Pemaju diberi tujuh hari tambah baik keselamatan cerun
Kerajaan negeri memberi amaran tegas serta tempoh tujuh hari kepada pemaju sebuah projek pembangunan komersial di Taman Muzaffar Syah, Lebuh Ayer Keroh, Bukit Katil di sini untuk menambah baik aspek k

Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh: Jangan sampai jadi gajah putih, perlu ada perincian dan pemantauan
Garis panduan yang lebih berfokus perlu diwujudkan supaya dapat membantu DBKL dalam aspek pemantauan cerun.

DBKL akan perkenal sistem amaran awal tanah runtuh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenal Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh sebagai antara usaha pemakluman sekiranya terdapat kejadian pergerakan tanah di ibu kota.

Tanah Runtuh Wisma YPR: Premis milik swasta, KKR sedia beri bantuan - Nanta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan laporan awal, premis berkenaan adalah milik swasta.

Tanah Runtuh Wisma YPR: Pengawal keselamatan disahkan maut
Mayat mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an ditemukan pada jam 6.23 pagi tadi.