GEORGE TOWN: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bakal menyaksikan keluarga terbabit dibawa keluar daripada kategori miskin tegar seterusnya membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024.
"Selain itu, beberapa masalah kecil tetapi penting bagi rakyat seperti klinik desa di Bayan Lepas yang memerlukan peruntukan sekitar RM11 juta, saya luluskan segera.
"Saya juga tekankan keperluan selain daripada memacu pertumbuhan dan industri, kita juga tekankan keperluan sektor-sektor yang tinggi keupayaan seperti AI (kecerdasan buatan), digital dan mikrocip," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang kini disegerakan adalah antara perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kelompok nelayan dan pertanian, perumahan serta perniagaan peringkat rendah di negeri ini.
Taklimat sejam itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan kerajaan pusat serta negeri yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kelompok nelayan dan pertanian, perumahan serta perniagaan peringkat rendah di Pulau Pinang. - Gambar Bernama
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Pulau Pinang bakal catat kemiskinan tegar sifar menjelang Jun 2024 - PM
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.