Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) akan diwartakan di seluruh negeri itu sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha menjadikan negeri itu bebas asap rokok sepenuhnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan ianya berjaya dilaksanakan.
Menurut Afif, Penbar yang ditubuhkan sejak tahun 2012 sebelum ini hanya menumpukan kawasan rekreasi, bangunan dan kawasan awam serta Tapak Warisan Dunia George Town.
"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi memastikan perancangan ini berjaya dilaksanakan dan kami akan menggiatkan lagi pelaksanaan program kesedaran awam tentang larangan merokok di kawasan awam dan taman rekreasi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.
Menurut Afif, perlaksanaan Penbar adalah bertujuan melindungi komuniti Pulau Pinang daripada asap rokok dengan melaksanakan dasar bebas asap rokok yang berkesan.
Ia merupakan perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Afif berkata, ketika ini, enam taman awam dan rekreasi di sekitar negeri itu, telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.
Ia termasuklah Empangan Air Itam, Taman Perbandaran, Taman Botani, Empangan Teluk Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.
Kawasan larangan merokok diperluaskan dengan mewartakan Tapak Warisan Dunia George Town sebagai kawasan larangan merokok bermula 4 Julai 2015.
Walau bagaimanapun Afif berkata, cadangan untuk mewartakan Penbar di seluruh negeri perlu kajian mendalam dengan mengambil kira kesan serta implikasi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.
"Larangan merokok di seluruh Pulau Pinang ini perlu mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu yang antaranya mengambil kira kawasan khas untuk merokok dan kita akan adakan perbincangan untuk menyelesaikannya," katanya.
Menurutnya, pertimbangan berhubung penyediaan kawasan khas untuk merokok ini dibuat selepas terdapat beberapa premis tumpuan awam yang sudah melaksanakannya di negeri ini.
"Kini, ia (larangan merokok) sudah dilaksanakan contohnya di masjid-masjid dan rumah-rumah ibadat lain. Kami bukan hendak sekat terus sesiapa untuk merokok, sebaliknya mereka boleh menghisap rokok di kawasan dibenarkan sahaja," katanya lagi.
Astro Awani
Thu Jan 17 2019
Menurut Afif, perlaksanaan Penbar adalah bertujuan melindungi komuniti Pulau Pinang daripada asap rokok dengan melaksanakan dasar bebas asap rokok yang berkesan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.
Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.