awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang bukan lagi zon hijau, catat satu kes baharu COVID-19

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/08/2020
11:28 MYT
Pulau Pinang bukan lagi zon hijau, catat satu kes baharu COVID-19
Pertambahan satu kes baharu tersebut sekali gus memadamkan status negeri hijau yang dipegang Pulau Pinang sejak 91 hari lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Pulau Pinang mencatatkan satu kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, dipercayai daripada kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.
Pertambahan satu kes baharu tersebut sekali gus memadamkan status negeri hijau yang dipegang Pulau Pinang sejak 91 hari lalu.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baharu itu membabitkan seorang individu yang tinggal di Sungai Jawi, di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).
Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pertambahan satu kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes dicatatkan di negeri itu kepada 122 kes.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 25 kes baharu, 15 kes pulih
Sehubungan itu, Chow meminta rakyat di negeri itu kekal bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih.
Katanya, kerajaan negeri menyeru supaya seluruh rakyat Pulau Pinang untuk terus mematuhi tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ia termasuk amalan 4P iaitu penjarakan fizikal; pakai pelitup muka, pencucian tangan menggunakan sabun dan perhatikan gejala COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan semua.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#COVID-19
#Kedah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kes baharu
#kes positif
#KKM
#Kluster Sivagangga
#Kulim
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan