awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang catat kes pertama COVID-19

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/03/2020
10:59 MYT
Pulau Pinang catat kes pertama COVID-19
Pengawal keselamatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memeriksa suhu semua kakitangan dan orang awam yang memasuki bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan jangkitan COVID-19. - BERNAMA
Pulau Pinang merekodkan kes pertama positif jangkitan COVID-19 di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, individu tersebut merupakan seorang kontak rapat kepada satu kes positif di Kuala Lumpur.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai individu berkenaan.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, individu berkenaan telah dihubungi untuk tujuan siasatan dan persampelan.
Jelasnya, senarai kontak rapat di tempat kerja dan di rumah individu tersebut turut dikenal pasti sebelum keputusan ujian saringan disahkan di Institut Penyelidikan Perubatan.
BACA: COVID-19: Acara sukan tempatan dan antarabangsa perlu ditangguhkan
Katanya, siasatan, persampelan dan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 juga telah dijalankan ke atas semua kontak rapat kes tersebut.
Sehubungan itu, Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus komited dan bertanggungjawab untuk meningkatkan saluran komunikasi rasmi bagi tujuan menyampaikan berita serta pesanan yang tepat dan sahih sepanjang berlakunya COVID-19 ini.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berhubung COVID-19, boleh menghubungi Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui alamat e-mel: [email protected] atau talian telefon 04 - 262 9902.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#COVID-19
#CPRC
#jangkitan COVID-19
#koronavirus
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan