Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di Labuan dan tujuh negeri hingga tengah hari ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta tujuh negeri termasuk Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah hingga tengah hari. - Gambar hiasan/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta tujuh negeri hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, iaitu di Langkawi serta Perak di Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Larut Matang dan Kerian.

Amaran turut dikeluarkan untuk Pahang di Maran, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin selain Sabak Bernam di Selangor.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Segamat, Tangkak dan Muar manakala Sarawak meliputi Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Miri.

Amaran sama dikeluarkan bagi Sabah, iaitu di Pantai Barat (Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar), Pedalaman (Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu) serta Sandakan (Kinabatangan). 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement