Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadikan negeri itu bebas asap rokok menerusi Kempen Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) mendapat pengiktirafan pertubuhan antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata Pulau Pinang mendapat pengiktirafan menerusi anugerah oleh Pertubuhan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.
"Saya menerima anugerah tersebut semasa menghadiri Mesyuarat Serantau Asap Bebas Asap ke-6 Wilayah Asia Pasifik di Hoi An, Vietnam hari ini dan turut mendapat pengiktirafan tersebut ialah Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya bermula pada tahun 2012, PENBAR dimulakan untuk memenuhi Perkara 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO.
Beliau berkata program itu merupakan perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySIHAT), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pelbagai pertubuhan kerajaan (Ngo) antaranya Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) serta Green Lung.
"Ia dimulakan untuk melindungi komuniti Pulau Pinang dari asap rokok (second-hand smoke) dengan melaksanakan dasar bebas asap rokok yang berkesan," katanya.
Dr. Afif berkata, untuk permulaan, enam taman rekreasi telah diwartakan sebagai taman bebas asap rokok sejak 1 Okt 2012 di ikuti dengan larangan merokok di semua bangunan dan kawasan awam di Tapak Warisan Dunia George Town pada 4 Julai lepas.
Katanya anugerah itu akan terus memacu Pulau Pinang untuk menjadikan negeri tersebut sebagai negeri bebas asap rokok pertama di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Kejayaan ini juga telah mengharumkan nama negara dan merupakan satu usaha jelas negara dalam mempromosikan semula jadi yang sihat dan mengekalkan keunikan budaya melalu kempen bebas asap rokok di Tapak Warisan Dunia," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Pulau Pinang mendapat pengiktirafan menerusi anugerah oleh Pertubuhan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Gambar fail
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Berhenti merokok: Salur maklumat tepat, bukti saintifik bantu perokok - Kajian
Kajian itu turut mendapati usaha mengurangkan kadar perokok menjadi antara perkara penting melibatkan isu kesihatan awam.
Pulau Pinang dapat pengiktirafan antarabangsa sebagai negeri bebas asap rokok
Bermula pada tahun 2012, PENBAR dimulakan untuk memenuhi Perkara 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO.
Malaysia mahu bebas asap rokok pada 2045 - Dr Hilmi
Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran Negara Bebas Asap Rokok menjelang 2045 berikutan kerjasama dan strategi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok yang diperkukuhkan bersama negara ASEAN.