GEORGETOWN: Pulau Pinang berada di landasan betul untuk menjadi pusat industri halal bagi wilayah utara, kata Halal Development Corporation Bhd (HDC).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Hairol Ariffien Sahari berkata terdapat peluang besar bagi industri ini di Pulau Pinang untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya dengan menggalakkan perniagaan berkaitan halal untuk memperoleh pensijilan halal.
"Pensijilan halal tidak boleh dilihat sebagai satu keperluan agama. Ini adalah satu perniagaan yang penting dan kuasa pasaran untuk pertumbuhan ekonomi berikutan perubahan dari segi permintaan pengguna," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya ia juga telah menjadi lambang kepercayaan dan kredibiliti dalam kalangan pengguna yang banyak mempengaruhi pertumbuhan perniagaan.
Sehubungan itu, beliau berkata visi menyokong Malaysia untuk menjadi hab halal di peringkat dunia menerusi usaha kolektif antara agensi kerajaan Persekutuan dan negeri adalah wajar.
Hairol Ariffien berkata sehingga Februari 2023, lebih daripada 900 produk makanan, minuman dan premis makanan telah menerima pensijilan halal di Pulau Pinang, dan HDC komited untuk bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk meningkatkan jumlah itu.
HDC adalah antara agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menjadi penganjur bersama Hari MITI 2023 yang diadakan di Kubang Menerong, Pulau Pinang pada Ahad.
Hari MITI 2023 bertemakan "Perkasa Industri, Maju Ekonomi" diadakan dengan objektif utama untuk mengeratkan hubungan kementerian dengan masyarakat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana berhubung peluang perniagaan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Halal Development Corporation Bhd adalah antara agensi di bawah MITI yang menjadi penganjur bersama Hari MITI 2023 yang diadakan di Kubang Menerong, Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kerajaan manfaat pelabuhan, lapangan terbang sebagai enjin berkembar ekonomi P. Pinang
Kerajaan akan memanfaatkan pelabuhan dan lapangan terbang sebagai 'enjin berkembar' industri pelancongan Pulau Pinang.
AITF 2023: Platform transformasi pembangunan ekonomi Pulau Pinang
AITF 2023 turut bertujuan melatih usahawan mikro tempatan berkenaan strategi menembusi pasaran perniagaan di peringkat antarabangsa.
Pulau Pinang di landasan betul jadi pusat industri halal wilayah utara - HDC
Pulau Pinang berpotensi meningkatkan pertumbuhan ekonominya dengan menggalakkan perniagaan berkaitan halal memperoleh pensijilan halal.