KEPALA BATAS: Pulau Pinang menghadapi kemelut Urban Malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Ma'arof Sudin berkata ekoran itu, majikan sektor swasta yang mempunyai pekerja warga asing perlu memberikan maklumat pekerja mereka dari negara endemik malaria kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan supaya pihaknya mempunyai rekod.
"Malah semua pekerja asing seharusnya melalui pemeriksaan perubatan termasuk saringan malaria mengikut polisi yang ditetapkan oleh kerajaan bagi pekerja asing yang bekerja di Malaysia.
"Selain itu, penduduk yang tinggal atau mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko malaria atau ke negara endemik malaria perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan supaya rawatan awal dapat diberikan.
"Antara negara-negara endemik malaria adalah Indonesia, Filipina, Myanmar, Papua New Guinea, Bangladesh, Pakistan, India, Nigeria dan Congo," katanya semasa berucap sempena Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Pulau Pinang di Setia Experience Centre, Bandar Setia Fontaines, di sini hari ini.
Sementara itu, Ma'arof berkata pihaknya juga sentiasa mengambil langkah kesiapsiagaan, pengesanan kes secara aktif, pemerkasaan aktiviti pengawasan dan kawalan serta pendidikan kesihatan dalam kalangan komuniti, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta untuk mencegah serta mengawal sebaik mungkin jangkitan malaria yang diimport dari negara-negara endemik.
Katanya sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan dan pencegahan konvensional yang sedia ada, inisiatif lain yang diambil dan amat unik bagi Pulau Pinang adalah Inovasi Modifikasi Parit Kawalan Malaria atau Kaedah Pengurusan Alam Sekitar bagi mencegah pembiakan nyamuk anophaeles yang boleh didapati di Taman Botani.
"Ia merupakan satu-satunya model parit kawalan malaria di Malaysia yang terletak di kawasan yang mudah dilawati dan boleh dijalankan demonstrasi fungsi setiap jenis parit secara langsung dan menjadi sumber rujukan tempatan dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata terdapat dua kategori jangkitan penyakit malaria iaitu Jangkitan Malaria Manusia yang disebabkan oleh parasit plasmodium seperti falciparum, vivax, malariae dan ovale manakala kategori yang kedua adalah Jangkitan Malaria Zoonotik yang disebabkan oleh parasit plasmodium knowlesi yang ditular dari haiwan seperti kera yang menjadi perumah kepada manusia.
"Di Malaysia, sehingga Minggu Epid 30 tahun 2022, jumlah kumulatif kes Malaria yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 1,611 kes dengan 90.3 peratus adalah melibatkan Malaria Zoonotik (plasmodium knowlesi) yang ditularkan daripada haiwan yang menjadi perumah seperti kera kepada manusia.
"Manakala, sebanyak 9.7 peratus lagi merupakan kes jangkitan Malaria Manusia dan 96 peratus daripadanya merupakan kes import iaitu pesakit mendapat jangkitan dari luar negara dan dikesan dijangkiti malaria di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Kebanjiran warga asing yang tidak diketahui status kesihatan mereka menjadi punca Urban Malaria di Pulau Pinang. - Gambar hiasan/ Bernama
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Pulau Pinang hadapi kemelut Urban Malaria kerana kebanjiran warga asing
Pulau Pinang menghadapi kemelut Urban Malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka.